Kredit foto: Instagram Elly Mazlein
Alhamdulillah. Selesai sudah kenduri majlis menyambut menantu Elly Mazlein dan suaminya di Kampung Karangan, Kuala Krai, Kelantan yang diraikan dengan meriah baru-baru ini.
Untuk info, majlis ini merupakan majlis kelima selepas majlis merisik, bertunang, malam berinai, akad nikah serta resepsi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ini.
Elly turut berkongsi gambar sedang membasuh kuali di atas longkang yang menarik perhatian warga maya.
“Agitchuuuuuu..kau ada cuci kuali besar dekat Kampung Karangan.
“Tapi selipar tu... selipar tu.. tak nak kalah, dik,”
Perkongsian itu mendapat lebih 107, 000 tanda suka dari warga maya. Ada warga maya yang menyamakan gelagat Elly seperti wataknya dalam drama bersiri popular lakonannya iaitu Kampung People.
Kredit Foto - Instagram Elly Mazlein
Malah selipar yang dipakai Elly turut menjadi perhatian warga maya. Mana taknya. Walaupun tengah 'gonyoh' kuali, selipar tetap 'glemer'.
Kredit Foto - Instagram Elly Mazlein
Pandai Elly ambil hati mertua dan suaminya kan! - CARI
|