Penyanyi yang semakin meningkat naik, Aina Abdul mengakui sedikit terkesan dengan beberapa komen yang dilemparkan netizen terhadap imej dan gaya fesyennya.
Namun bagi pelantun lagu 'Sumpah' ini, dia tidak mudah melenting mengenai isu tersebut dan menganggap ianya salah satu cabaran dalam mengharungi bidang hiburan.
Kredit foto: Carian Google
Ketika ditemui Media Hiburan, Aina mengatakan bahawa dirinya merupakan seorang pendatang baru dalam industri seni, banyak belajar perkara baru (fesyen) yang pelik-pelik dan suka untuk mencuba tapi perkara itu membuatkan ramai yang mengecam dirinya.
"Walaupun ada yang kutuk dan kecam, saya perlu publisiti sebegitu. Saya tak rasa 'down' yang melampau kerana saya yang pilih untuk berpakaian macam itu," ujarnya lagi.
Aina Abdul atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani telah menganggap setiap komen yang dilemparkan netizen sebagai penguat semangatnya.
"Kalau saya pakai pelik, jika dilihat dari sudut positif, orang mencari siapa saya. Saya mahu beri kelainan dalam imej dan sekurang-kurangnya orang bercakap mengenai kewujudan saya," katanya jujur.
Pernah juga menerima kritikan dan komen melampau dan pedas, Aina mengakui agak takut dan enggan membaca komen. Malah dia juga enggan balas komen yang mengkritik mengenai penampilannya.
Kredit foto: Carian Google
"Ada komen yang buat saya terasa hati. Bila baca komen di instagram, ada yang cakap 'kau patut buat muka'. Komen itu sangat pedih,"
"Tapi ada juga yang memberi komen yang baik dan positif, alhamdullilah," jelasnya lagi.
Perkembangan terkini, Aina sedang giat membuat persiapan mental dan fizikal untuk beraksi di pentas AJL ke-34, dengan mempertaruhkan lagu Sumpah hasil ciptaannya sendiri.
yang pakai baju kuning promo ajl tu SUMPAH tak cantik,,,dah macam gajah bertanduk...tak tahu tu mangsa fesyen...ke ape... kalau dia ikut arahan je, kesian. bakat ada tapi diperkotak katikkan... masa semi final pun agak tak cantikla nampak gemuk dia ...tapi taktahu dia pakai mcm tu ikut arahan siapa atau sendiri nak begitu....
tapi mngkin dia buat reverse psychology... betul cakap dia, at least org kenal bila dia dah berfesyen pelik sket.... tengok salma... jadi simple dr dulu sampai skrang ...bakat ada, tapi smpai skerang sendu...huhuuu bijak aina ni
masalahnye muke ko buruk pun dekk..
tp kalau dpt MUA yg blh make up ko perfect..
ko blh nampak lawo..
ni ko dh la sememangnye buruk..
mekap pulak time semifinal tu..Allahu....
dgn shading..blusher ke mane.. baju plak pink..
Apooo...
Post time 7-2-2020 11:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kau cantik je dik.. Jgn dok pkai pelik2 sudah.. Sarah suhairi tu pun muka biasa2 je. Tp xde ka nak pakai pelik2. Pkai la yg sesuai dgn umur. Xyah nak bereksperimen sgt