Edited by natrahn at 7-2-2020 01:43 PM
Kredit foto: Twitter
Perkongsian video seorang wanita yang mengamuk ketika kereta miliknya ditarik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercayai berlaku di Sungai Buloh telah tular di media sosi@l.
Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter menunjukkan seorang wanita mengamuk dengan pihak berkuasa kerana kereta ditunda, dia teriak, meludah dan baling barang ke arah pihak berkuasa. Dalam pada itu ada seorang lelaki cuba menenangkannya.
Walau bagaimanapun, insiden itu berakhir apabila kenderaan wanita itu tidak jadi ditunda oleh penguatkuasa berkenaan.
Rata-rata netizen mengecam wanita itu. Namun ada di kalangan netizen yang bersimpati dengan wanita yang bertindak di luar norma itu.
Kredit foto: Twitter @Kahöööna@Duurianne
Sementara itu,seorang netizen telah meninggalkan komen menyatakan bahawa wanita itu dipercayai mengalami depresi.
Kredit Foto - Sinar Harian
Entah apa lah yang dilalui wanita itu sampai mengamuk sebegitu rupa. Sekiranya benar beliau mengalami depresi, ternyata masalah depresi ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. - CARI |