View: 5295|Reply: 50
|
[Politik]
Umno pecat Lokman Adam
[Copy link]
|
|
Umno pecat Lokman Adam
Haspaizi Zain
Diterbitkan 7 Feb 2020, 9:25 malam | Dikemaskini 7 Feb 2020, 9:45 malam
Lokman Adam, yang merupakan penyokong tegar Najib Abdul Razak, telah dipecat daripada Umno oleh majlis tertinggi parti hari ini.
Perkara itu disahkan oleh dua peserta mesyuarat yang diadakan pada petang tadi.
Sumber yang menghadiri mesyuarat itu berkata peserta tidak dibenarkan bercakap mengenai pemecatan itu secara terbuka kerana setiausaha parti Annuar Musa mesti memberitahu Lokman tentang perkara itu secara bertulis terlebih dahulu.
Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi mengulas perkara itu dalam catatan Facebook kira-kira 30 minit selepas mesyuarat itu selesai.
Iklan
Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan dengan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan Zahid untuk meyakinkan pemimpin parti bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu kenyataan, Lokman mendakwa bahawa dia telah dipecat semasa mesyuarat hari ini melalui "proses mengundi angkat tangan".
Lokman sebelum ini merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno yang dipilih dan tidak hadir pada mesyuarat hari ini dengan menyatakan hilang keyakinan terhadap presiden parti.
Beliau berkata beliau akan meneruskan misinya untuk menentang Pakatan Harapan dan "tali barut" di dalam Umno melalui sebuah NGO laskar siber.
"Apabila Najib kembali menjadi presiden Umno, saya akan memohon semula menjadi ahli Umno.
"Apa yang penting, rancangan Zahid untuk memaksa 3.7 juta ahli Umno untuk mengangkat Mahathir menjadi pengerusi Pakatan Nasional telah gagal," katanya dalam kenyataan di Facebook.
Sementara itu, Puad menyifatkan pemecatan Umno sebagai "kurang bijaksana".
Menurutnya, Lokman hari ini dipecat sebagai ahli Umno atas syor Biro Politik dan bukan atas syor Lembaga Disiplin.
"Apa fungsi Lembaga Disiplin?" soal Puad dalam kenyataan di Facebooknya.
Puad turut mempersoalkan kenapa bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussien tidak dikenakan tindakan sama.
"Tidakkah perbuatan beliau mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Mahathir tanpa memaklumkan majlis tertinggi dan presiden Umno adalah melanggar disiplin parti.
"Ia juga tidak menghormati institusi presiden. Bukan kerana mahu mempertahankan Lokman tetapi tindakan mestilah adil dan jangan selektif.
"Apa pun saya telah menyuarakan pendirian saya ini dalam majlis tertinggi. Tapi gagal," katanya.
Difahamkan bahawa peraturan parti menetapkan bahawa Majlis Tertinggi boleh memutuskan perkara berkenaan keanggotaan tanpa perlu merujuk kepada jawatankuasa disiplin.
Walaupun majoriti mengundi untuk Lokman dipecat, sejumlah kecil yang lain mengundi untuk sekadar menggantung keahlian Lokman selama dua tahun.
-MALAYSIAKINI
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yusmizal Dolah Aling
[email protected]
DATUK Lokman Noor Adam mengesahkan dirinya dipecat sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada malam ini.
Menurutnya, pemecatan tanpa sebarang makluman rasmi itu diputuskan dalam mesyuarat petang tadi dan beliau turut dikeluarkan dari kumpulan WhatsApp MT pada 8.01 malam.
Ketika dihubungi Harian Metro, Lokman berkata, ia dipercayai ada kaitan dengan tindakannya mempersoalkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kemungkinan parti akan bergabung dengan pakatan baharu bersama kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tindakan ini kerana ada yang tidak mahu diganggu ketika buat keputusan mengenai pakatan baru ini.
“Saya belum menetapkan apa yang akan dibuat selepas ini, buat masa ini masih berada di luar negeri. Tengoklah lepas balik nanti,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Bung Moktar Radin mengesahkan isu mengenai kedudukan Lokman dibincang di dalam mesyuarat MT dan beliau akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.
Isu kritikan Lokman ke atas Ahmad Zahid mengundang pelbagai reaksi ahli parti yang mahu tindakan diambil ke atas calon Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 10:40 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Blh laa tubuh parti baru...klu ada yg nk ikut laa. |
|
|
|
|
|
|
|
yang betulnya tak ada sapa pelawa pun dari pihak tun M.. Pas je yang sibuk pelawa umno untuk sokong kerajaan tolak dap.. kita kalau nak sokong di parlimen bukan nya menentang usul..
malu lah umno..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya dia dipecat sebab merujuk kepada najib dan zahid sebagai "dua ekor"  |
|
|
|
|
|
|
|
lokman ni dah memalukan presiden umno.. sebab keputusan macam ni pun kita dah tau pas boleh khianat pada muafakat nasional
|
|
|
|
|
|
|
|
Bye lobak man
 |
|
|
|
|
|
|
|
laskar siber??? wowww....makin menggila laa internet dgn dongengan team lobakman ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Najib tadak komen ka penyokong no1 kena pecat? |
|
|
|
|
|
|
|
ulasan Lokman Adam... mmg menarik
https://www.facebook.com/LokmanNoorAdam/videos/329238124640693/
|
|
|
|
|
|
|
|
creep_bite replied at 8-2-2020 07:11 AM
Blh laa tubuh parti baru...klu ada yg nk ikut laa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cakap kat Lokman nak buat video, muka jangan dekat sangat... Penuh skrin...  |
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen replied at 8-2-2020 10:39 AM
Cakap kat Lokman nak buat video, muka jangan dekat sangat... Penuh skrin...
Dia nak lawan stail syed saddiq agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
"Zahid lebih zalim dri Mahader?"... 
|
|
|
|
|
|
|
|
BicaraHatiku replied at 8-2-2020 11:14 AM
"Zahid lebih zalim dri Mahader?"...
kenapa? nak zahid join mahadey ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tengok video Lokman dlm FB... satu pendedahan yang boleh diterima pakai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kire ok la ko kne pecat mcm tu, bandingkan si syed saddiq tu kne kejar sampai panjat pagar mcm bangla kne kejar imegresen, tu pun xreti nak letak jwtn |
|
|
|
|
|
|
|
lockmen adem dgn puat zakarshe ni dua2 mmg penjilat dubuq, dua2 ni aku ibaratkan pecacai je dlm unmgok, untuk dirty job je, tak dipandang langsung....hihihi..padan muke korang |
|
|
|
|
|
|
|
Atuk dah berjaya memecahkan umno dari luar. Syabasss bapa pemecah negara |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila Najib kembali menjadi presiden Umno, saya akan memohon semula menjadi ahli Umno.
berangan ler ko
jibun da berkubur dr arena pelirtik ler  |
|
|
|
|
|
|
| |
|