Kecoh di media sosial terutamanya di Twitter apabila peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berang apabila kemunculan beliau di pentas AJL ke 34 mengalami masalah teknikal apabila mikrofon tidak berfungsi.
Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti membuat kemunculan istimewa dengan menyampaikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof. Persembahan tersebut mendapat tepukan gemuruh penonto di stadium Axiata Arean, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kredit foto: Carian Google
Rata-rata peminat dan penonton yang hadir tidak menjangkakan kehadiran penyanyi kesayangan itu di pentas AJL tersebut.
Namun, di sebalik kemeriahan persembahan tersebut, penonton di rumah meluahkan rasa tidak puas hati apabila suara Siti tidak kedengaran di penghujung persembahan itu.
"Tokti buat kemunculan di AJL 34 tapi sayang mikrofon tak berfungsi,"
"ulangkan semula momen paling bermakna! Kenapa mikrofon tak buka?" antara komen netizen di laman Twitter.
Kredit foto: Instagram CTDK
Peminat menganggap insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam anugerah berprestij seperti itu.
Sebelum ini, Tokti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong di pentas AJL. Ini berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu Anta Permana yang telah dipersembahkan oleh Bob telah layak bersaing pada peringkat separuh akhir, tahun lalu.