Apabila sel-sel otak berhubung, itulah tanda bahawa si manja sedang belajar. Semakin baik perhubungan sel-sel otak si manja, maka lebih cepat dia belajar dan berkembang.
Nuriza Yusiza menerusi Facebook berkongsi video memaparkan gelagat lucu anak perempuannya yang tersepit di celah peti sejuk di rumah mereka.
Kredit Foto - Facebook Nuriza Yusiza
Menerusi video itu, anaknya sedang menangis kerana tersepit di celah peti sejuk di rumah mereka ketika dia leka mencuci pinggan mangkuk di dapur. Haru!
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dan rata-rata daripada mereka terhibur melihat aksi lucu si comel yang montel ini.
Ibu bapa perlu menitikberatkan keselamatan dan mengawasi anak-anak walaupun di rumah sendiri.
Mujur tiada apa-apa yang serius berlaku kerana sesungguhnya malang itu tidak berbau. - CARI |