View: 4326|Reply: 45
|
Tripping Jump Challenge, Boleh Cacat Kekal Atau Mati
[Copy link]
|
|
Pelbagai jenis cabaran Internet mewarnai media sosial sekarang ini. Cabaran planking dan baldi ais merupakan antara cabaran paling popular di Malaysia, sekaligus mendapat liputan meluas.
Namun, ada juga cabaran-cabaran yang diklasifikasi sebagai 'sampah' atau 'jahil' sehingga membawa maut ataupun paling kurang, boleh mencederakan diri dan orang lain mahupun menjadi gangguan sosial.
Terkini, tripping jump challenge pula menjadi cabaran baharu yang popular di seluruh dunia.
Kredit foto: FMT
Cabaran ini boleh mengundang padah atau lebih tepat boleh menyebabkan kematian seperti yang terjadi kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun apabila meninggal dunia selepas melakukan cabaran ini.
Emanuela Medeiros, cedera di bahagian kepala selepas jatuh terhentak di lantai di sekolahnya di Mossoro, Rio, Brazil. Mangsa yang mengalami trauma di kepala dihantar oleh pihak sekolah ke hospital.
Kredit foto: time24
Memetik laporan Astro Awani, pegawai perubatan, Dr Shazif Othman berkata, berdasarkan pengamatannya melalui video-video yang sedang tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang melakukan cabaran berkenaan.
Risiko paling ketara adalah boleh berlaku hentakan di bahagian kepala, sekali gus mendatangkan bahaya pada anggota terpenting iaitu otak.
"Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau 'brain dead'. Ini kerana, jika dilihat menerusi video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut.
"Kesannya, ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada sel-sel tisu di bahagian kaki," katanya.
Kredit foto: Alkhaleej Today
Bahagian tengkuk juga boleh tercedera dan akan melibatkan kecederaan pada tulang serviks yang boleh menyebabkan bukan sahaja maut, malah lumpuh seperti strok.
Malah, risiko lain juga boleh menyebabkan sakit pada belakang yang kronik, cedera pada otot-otot serta kecederaan pada organ dalaman.
Maka, aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, bahkan dapat memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang di masa hadapan.
Pelajar dari Arizona cedera selepas melakukan tripping jump challenge
Kredit foto: Rojakpot.com
Entah kenapa, trend challenge yang kerap kali berlaku di kalangan netizen tetap mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh dunia walaupun amat jelas perbuatan yang dilakukan itu adalah perkara bodoh.
Terciptanya Internet adalah untuk membolehkan masyarakat seluruh dunia berkomunikasi serta berkongsi pengetahuan. Ia semestinya bukan untuk membuat cabaran yang tidak membawa sebarang faedah kepada kita. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mmg tersangat celaka...
hanya satu topeng utk aktiviti membuli sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham..mcam mane la boleh terpikir bt bnde gitu..join bnde mngarut mcam tu..knape tak buat je challege hantuk kpala kt dnding 100x..tgk benjol sape paling beso..hurmmmm...sedih btul gen2 skrang ni..tlampau maju |
|
|
|
|
|
|
|
Perbuatan yang amat bodoh dan sia2 |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah kebodohan apekah ini. jgn la ank2 sdara i kt skolah tu dok trikut kwn2 bt challenge bodoh gni. xkna kt dri sndri kna kt ank org. |
|
|
|
|
|
|
|
mencabar sungguh kan membesarkan anak2 zaman sekarang
kita dah jaga elok, tapi cabaran persekitaran pulak |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sangat budak2 tak boleh pikir jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas ini akan ada lagi benda bodoh orang akan buat. |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah anak aku pon dah keluarkan peringatan bahaya challenge ni.. budak2 ni pikir seronok je |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh2 gak anak omputih ni ek |
|
|
|
|
|
|
|
benda bodoh nak dibuat
dan jadi trend bodoh
siapa ikut memang bodoh
bodoh dari segi tidak fikir guna otak dan bahayakan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
pakat buat ramai2..
kalo Thanos tu betul2 wujud..senang kerja dia |
|
|
|
|
|
|
|
guna je la virus corona tu.. tapi upgrade untuk buang orang2 bodoh mcm ni.. settle.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut celen bodoh ni kau mati terus takpe dek, kalau cacat kekal nak menjaga kau keadaan cenggitu halah halah halah |
|
|
|
|
|
|
|
Jatuh terduduk sakit nak mampos.. Ni pulak jatuh terlentang mcm tu.
Sila waris sama saka bodoh kat anak cucu la |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada dipanggil pass-out challenge pun bahaya jugak. tekan dada sampai pensan. Budak2 ni memang kena selalu diingatkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam bodoh je asal bende tengah trending semua nak ikut nya tanpa ambil peduli kemudaratannya. |
|
|
|
|
|
|
|
sejujurnya, ai suka kewujudan celen2 mcm nih sbb satu cara utk weed out ciri2 bodoh drpd mencemari gene pool umat manusia. Natural selection, bay-beeyy
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk buat pon pkila tilam..adoiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|