Seperti yang semua sedia maklum, caj rawatan untuk rakyat Malaysia yang mendapatkan perkhidmatan di klinik atau hospital kerajaan adalah percuma. Cuma kos pendaftaran adalah RM1 bagi setiap rawatan.
Namun, muncul cerita seorang individu yang menyangkakan staf hospital mengutuk kenalannya berkaitan caj percuma di hospital kerajaan ini.
Kesal dengan tindakan staf terbabit, lelaki itu melabelkan mereka busuk hati.
Begini ceritanya. Lelaki berkenaan menemani rakannya membawa ibunya untuk menjalani pemeriksaan rutin di Hospital Baling, Kedah.
Usai menjalani pemeriksaan, mereka diminta mengambil ubat di unit farmasi dengan membawa bersama keratan nombor giliran yang tertulis "nak peri je".
Kredit foto: Facebook
Yang menjadi isu di sini, tulisan tersebut telah disalah tafsir.
"Maksudnya, staf tu kata kat mak kawan saya - nak free je, nak ubat free," tulisnya.
Kredit foto: Facebook
Perkara ini telah mendapat maklum balas pihak hospital berkenaan.
Anggota farmasi di kaunter telah menulis singkatan "nak peri je" yang bermaksud" nak perindropril sahaja" iaitu sejenis ubat.
Baca lanjut.
Kredit foto: Facebook Hospital Baling
Sebelum 'balun', pastikan dulu faktanya. Kalau tak pasti, tanya okey. Kalau kena saman, maka tak habis nak membayarnya nanti. - CARI |