Kisah ini adalah rentetan kemarahan rakyat Malaysia mengenai harga rumah yang semakin melampau. Sementelah, wujud segelintir pembeli rumah kos rendah, lalu menyewakannya kembali dengan harga 'yahudi'.
Bukan sahaja harga rumah 'cekik darah', kemudahan yang disediakan juga tidak berpadanan dengan harga dikenakan kepada penyewa.
Namun, kerana terpaksa, ada sahaja yang sanggup menyewa lalu menelan sahaja kesusahan tersebut. Masalahnya, sampai bila situasi begini harus dibiarkan? Mereka untung, tapi kita?
Kredit foto: Twitter
Rata-rata warganet berkata ianya seperti kembali pada zaman 50-an, lalu merujuk pada cerita Masam-Masam Manis lakonan arwah Tan Sri P Ramlee yang tinggal di rumah 'lodging' Mak Minah dengan kemudahan percampuran lelaki dan wanita serta dapur dan tandas berkongsi. Atau sebenarnya, lebih teruk kerana tiada sebarang perabot di dalam bilik!
Rupa-rupanya, situasi ini sudah pun berlaku di beberapa bandar besar seperti Pandan, Shamelin, Maluri, Johor Bahru dan lain-lain tempat yang kepadatan kilang dan pejabatnya sangat sesak.
Tidak mustahil jika ianya dibiarkan berterusan, maka lebih ramai kapitalis yang lebih dasyat seperti yang berlaku di negara luar; Singapura, Hong Kong dan New York.
Kredit foto: Twitter
Apabila berlaku perkara seperti ini, satu yang terlintas, bagaimana ianya diluluskan oleh pihak berkuasa? Jawapannya adalah tiada kelulusan dan ianya dilakukan secara haram.
Jika berlaku perkara buruk seperti kebakaran, maka ketika itu barulah terbongkar seperti mana tragedi terhadap pusat tahfiz tidak berdaftar.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ada juga yang berkata harga itu adalah normal untuk lokasi di bandar dan sangat banyak permintaanya. Jadi, usahlah menyalahkan kapitalis semata-mata kerana permintaan melebihi penawaran.
Kredit foto: Twitter
Menurut Azmandae, situasi begini akan terus-terusan berlaku kerana rumah tersebut terletak di lokasi berhampiran pengangkutan awam menyebabkan ramai terpaksa menyewa juga kerana dekat dengan tempat kerja.
Biarpun ada rumah yang lebih selesa dan harga lebih murah, namun kedudukannya di pinggir bandar yang cuma bas sahaja menjadi perantara dianggap tidak efektif.
Jadi, susah juga sebenarnya untuk mengekang situasi sebegini. Bilik sewa mahal disebabkan lokasi bandar dan dekat kemudahan, kalau nak murah kena jauh ke dalam. Jadi, kita nak salahkan siapa? - CARI
Post time 24-2-2020 09:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ejen selalu amek kesempatan..tgh geram skrg ni sbb ejen tiba2 mtk fee utk renew contract sewa rumah,not per house tp per person..owner pun xtaw ejen bt gitu..
Bila suh ketua rumah tny owner,ketua rumah pn xtny..takut..aiyaaa..mcm2 laa..
rumah ke reban...ni patutnya kena sita. suka hati letak harga sewa tinggi dgn tahap mcmtu.
kerajaan patut buat rumah sewa mcmni khas utk malaysian saja. selesa dan berpatutan. ni mcm nak kena bakar je aku rasa.
Post time 24-2-2020 09:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
xkepam ke bilik xde pngudaraan luar. bnda pling pnting aspek kselamatan mmg out trus ni. pastu camna tah nk ltak brang2 bju bgai. rimasnya. tido mesti mlekap kt dinding. tgk pun dah claustrophobic.
aiyooo seram la.. bg aku mahal sbb xde apa.. kosong gitu jaaa.. atlist buh la katil ka apa ka..
ada kawan daku menginap kat permaisuri appartment jek, tp dia tak renovet satu rumah.. cume dlm bilik tu dia pasang papan pembahagi so kawan daku share dua org la dlm satu bilik tu.. tp tuan rumah sedia2 lengkap barang baik dari sekecik2 anak(cth blender, pembakar roti) sampai ke benda besar(cth mesin basuh, wifi)... ang bawak sehelai sepinggang jaa...
kemaih elok, keselamatan pn terjamin.. pintu masok dgn ruang tamu pon dia buh cctv...