Kata-kata dari seorang ibu adalah keramat, doanya pada anak tiada hijab.
Walaupun sedang berjuang melawan kanser, ibu ini masih mendoakan anak-anaknya walaupun tidak mampu berkata-kata lagi.
Kredit foto: Facebook Nurul Shafina - Ibu Nurul Shafina sebelum menghidap kanser lidah
Pasti meruntun jiwa seorang anak apabila melihat orang tua ditimbah musibah ataupun penyakit. Nurul Shafina menerusi F@cebooknya berkongsi kisah ibunya yang sedang menghidap kanser lidah tahap 4.
Kredit foto: Facebook Nurul Shafina - Gambar terbaru Ibu Nurul Shafina
Sel kanser kini sudah merebak hingga ke leher. Lidah beliau sudah mengeras sepenuhnya. Ibunya sudah tidak mampu bercakap lagi.
Oleh itu, beliau hanya mampu menulis untuk berkomunikasi dengan anak-anaknya. Safina kongsikan kata-kata nasihat ditulis ibunya dengan warga maya.
Kredit foto: Facebook Nurul Shafina
Mahu jadi orang pertama ucap selamat pengantin baru...
Sebak - ibu Shafina turut mengambil kesempatan memberi ucapan selamat pengantin baru buat anaknya.
Kredit foto: Facebook Nurul Shafina
Perkongsian Shafina semestinya mengundang rasa sedih di kalangan warga maya. Mereka turut mendoakan yang terbaik untuk ibunya.
Kredit foto: Facebook Nurul Shafina
Shafina turut memohon warga maya mendoakan kesihatan ibunya. Semoga diberi kesembuhan buat ibu Shafina, dikurangkan kesakitan yang ditanggungnya serta segala urusannya serta keluarganya dipermudahkan. - CARI |