Heboh satu Malaysia bila Cacha Maembong dicium suami kakaknya, Emma Maembong.
Ramai yang marah dan menuduh aktres ini memang jahil tentang hukum agama dan tak tahu batas-batas pergaulan.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun Cacha hanya berdiam diri dan baru sekarang dia membuka mulut tentang isu tersebut.
"Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.
"Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je 'halal' so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu.
"Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family fasal benda ni,"katanya kepada Gempak.
Menurutnya, gambar sebegitu biasa sahaja dan tak sepatutnya menjadi isu.
"Fasal gambar tu, it's a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu...tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila hentam saya?"
"Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup. Sebab apa yang saya buat, kita ni sebagai public figure apa yang kita buat orang akan nampak semua salah kita.
"So cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa so, i just keep it low," tambahnya.
Foto: IG
Jadi memang Cacha rasa dicium dan mencium abang ipar tak salahlah ya? Okay. -CARI
|