CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8453|Reply: 73

Mahkamah keluar waran tangkap untuk Muhammad Sajjad

[Copy link]
Post time 13-3-2020 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 13-3-2020 08:49 AM

Waran tangkap untuk Sajat

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]

MAHKAMAH Majistret Shah Alam, hari ini, mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.

Dia dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber berkata, malangnya Nur Sajat tidak hadir semasa pengurusan kes berkenaan pagi tadi.

“Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.

“Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya.

Difahamkan pihak CPF sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.
Pihak CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat berkenaan.

Pemeriksaan dilakukan pegawai CPF di premis itu kemudian menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan.

Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Malah Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.

Ia susulan tindakan KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda sebelum merampas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus,panggil je dia dgn nama sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar cite income pacit ni from tarik duit alom sebolah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:08 AM | Show all posts
MUHAMMAD SAJAD NI MAKIN TUA MAKIN MUKA KE ARAH JANTAN....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus letak nama sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo msuk lokap, duk sel lelaki/ perempuan? Klo sel lelaki abisla kena raba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2020 09:13 AM | Show all posts
Edited by hayrin86 at 13-3-2020 09:16 AM

Moga2 menteri agama yang baru wujud suruh pihak2 yang berkaitan agama/dakwah bagi kaunseling kat Sajat lepas ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat salah selalu terlepas menjadi riak pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2020 09:16 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 13-3-2020 09:17 AM
KIM.K replied at 13-3-2020 09:03 AM
Dengar cite income pacit ni from tarik duit alom sebolah

aigooo...seramnye

cer kongsi cite
taknak cite sini pm iols
eksaited nih

btw kan para journalists ni takyah la panggil nama dia nur-nur sangat
letak sajat je sudah lah



Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
masok lokap laki menjerit la sajat dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamba ja dia tak pi pendakwaan mahkamah. Dia buat mcm dunia ni dia yg punya
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
masuk penjara, ready sabun hahahahahahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:40 AM | Show all posts
KIM.K replied at 13-3-2020 08:03 AM
Dengar cite income pacit ni from tarik duit alom sebolah

alom sabolah tu apa?

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:41 AM | Show all posts
Last video aku tengok dia bebel pasal main jub0. Pastu aku dah start ignore dia ni. Dasar attention seeker
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:41 AM | Show all posts

Sajat Dikenakan Waran Tangkap, Kes Apa Pula Ni?

Mahkamah Majistret Shah Alam semalam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat.





Kredit foto: Carian Google




Ini berikutan kegagalan Sajat untuk hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah mengenai sebuah kes atas tuduhan memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan KKM mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.


Mengikut pertuduhan, jika disabit kesalahan, Sajat boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebih RM25,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.


Malangnya, Sajat tidak hadir ketika hari pendengaran kes semalam, lapor Harian Metro.


"Waran itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana dia tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah," menurut sumber.






Kredit foto: Cinca




Kredit foto: Carian google



Pendakwaan kes dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari cawangan Penguat Kuada Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Difahamkan, CPF sebelum ini dilaporkan telah melakukan pemeriksaan di premis milik Sajat pada Ogos lalu.


Keterangan serta bahan bukti turut diambil ketika pemeriksaan selain produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM turut dirampas.


Malah, Sajat juga pernah didakwa sebelum ini kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Mei 2019. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi nak kebangga tuhan tak bagi cash masa di mekah?

Now you know tuhan tu wujud and sedang bagi cash berturut turut. Berbulan akan datang masuk mastika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
KekDurian: Klo msuk lokap, duk sel lelaki/ perempuan? Klo sel lelaki abisla kena raba


Boleh letak kat dalam sel banduan terakhir
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap check semua ponder2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2020 10:00 AM | Show all posts

Mungkinkah Alip sukri dan Sajat akan berduet dari penjara..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 10:07 AM | Show all posts
masuk sel pompuan ke sel lelaki?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057420 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list