Masih dalam tempoh iddah namun didapati berkhalwat dengan suami orang di rumahnya sendiri.
Kejadian berlaku di Padang Terap, semalam apabila seorang wanita didapati berdua-duaan dalam rumah wanita itu pada jam 9.30 pagi dalam satu serbuan dibuat Pejabat Agama Daerah Padang Terap (PADPT), Harian Metro melaporkan.
“Selepas memberi salam, pintu kemudian dibuka dan hasil pemeriksaan menemui pasangan terbabit dalam rumah berkenaan.
“Siasatan mendapati, wanita berusia 33 tahun masih dalam tempoh iddah selepas bercerai dengan suaminya, manakala lelaki berusia 42 tahun itu masih suami orang,” katanya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah.
Kredit foto: Harian Metro
Syeikh Radzi Abdul Mutalib juga berkata pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai seorang anak dan pasangannya juga gagal mengemukakan dokumen membuktikan suami isteri.
“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berdua-duaan tanpa mahram atau ikatan suami isteri sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
“Sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi. - CARI |