CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5320|Reply: 8

[Jenayah] PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN

[Copy link]
Post time 14-2-2026 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Skyline_84 at 14-2-2026 09:38 AM

PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN

KOTA KINABALU :
Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu telah berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh susulan 9penemuan beberapa bahagian anggota tubuh manusia di kawasan tempat pembuangan sampah Pekan Indah Permai, Menggatal pada 12 Februari 2026.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Bin Syed Ab Rahman berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, pada 12 Februari 2026 jam lebih kurang 4.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Kota Kinabalu telah menjalankan operasi di kawasan Kampung Sri Kenangan, Sepanggar, Kota Kinabalu.

Menurutnya, hasil maklumat saksi mendapati mangsa pernah dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.

Susulan itu, pada jam lebih kurang 8.10 malam hari yang sama, sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Kota Kinabalu dengan kerjasama D7 dan D9 telah menahan seorang lelaki berumur 71 tahun di unit kecemasan Hospital Queen Elizabeth ii, Kota Kinabalu bagi membantu siasatan.

Seterusnya pada jam lebih kurang 10.30 malam, seorang lagi lelaki berumur 19 tahun turut ditahan di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar, Kota kinabalu kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.

Turut dirampas dalam tangkapan tersebut ialah beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dipercayai dipakai semasa kejadian serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail berwarna keemasan.

Hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan menyatakan motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi dan tuntutan wang pertunangan. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Polis memandang serius kes ini dan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran.


#kesbunuhsabah #pembunuhankejam #kerattujuh #indahpermaisabah #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang
credit: sabah revolusi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank ke bapak yg bertunang dgn pompuan tu? Tgk pompuan pun dah tua, bapaknya lah kot yg bertunang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasus 4g

Ganas

Gila gatal gay
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 14-2-2026 09:48 AM
Ank ke bapak yg bertunang dgn pompuan tu? Tgk pompuan pun dah tua, bapaknya lah kot yg bertunang.

Cinta Beralih Arah Setelah Ribuan Ringgit Dikorbankan

Kota Kinabalu : Tidak Puas Hati Tunangnya Guna Wang Pertunangan Lalu Berkahwin Dengan Orang Lain Disyaki Menjadi Motif Utama Pembunuhan Tragis Di Indah Permai.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun Berkata, Mangsa Berusia 44 Tahun Itu Merupakan Pemegang Kad Imm13.

"Kita Percaya Bahawa Motif Kes Bunuh Ini Lebih Kepada Perasaan Cemburu Dan Tidak Berpuas Hati Terhadap Si Mati.

"Suspek Dan Si Mati Mempunyai Hubungan Pertunangan, Tetapi Dalam Tempoh Pertunangan Itu, Mangsa Telah Menggunakan Wang Suspek Kira-kira Rm7,000 Dan Mereka Tidak Jadi Berkahwin.

"Ekoran Itu, Mangsa Telah Berkahwin Dengan Orang Lain Sehingga Menyebabkan Suspek Cemburu Terhadap Apa Yang Berlaku Dalam Hubungan Mereka, Seterusnya Membawa Kepada Pertengkaran Dan Pembunuhan Ini," Katanya Ketika Ditemui Di Ibu Pejabat Kontinjen (Ipk) Sabah, 13 Februari 2026.

Mengulas Lanjut, Beliau Berkata, Semasa Kejadian Mangsa Telah Pergi Ke Rumah Suspek Dan Mereka Masih Berhubung.

"Dalam Kejadian Itu, Suspek Dipercayai Menggunakan Senjata Tajam Iaitu Parang.

"Setakat Ini, Dia Mengaku Memotong (Mengkerat Badan Mangsa) Dan Suspek Kedua Merupakan Anak Suspek Yang Berada Di Lokasi Kejadian,” Katanya.

#sabahrevolusi
#familytime

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 14-2-2026 11:41 AM

Kiranya mmg dah geram nak mampus la kut..sampai xde akal nak fikir..sakit hati sgt la tu dipermainkan dek pompuan..pengajaran yg ada tp tetap tak diambil kesah oleh kebanyakkan manusia utk jd pedoman..

Utk perempuan..ko permainkan emosi jantan..ko ingt ko selamat..kalau jumpa jantan yg naif, ko selamat la sbb dia setakat nangis dibucu katil je..dpt yg mcm pakcik tua bangka ni, sodoqallahula'zim..badan ko pun mcm ayam dipotong2..

Yg pakcik tua bangka ni pula..nk yg bergetah (bergetah ke????)..tp ko pun dh tua bangka..takkan la xblh fikir yg perempuan materialistik ni sentiasa ada...

End of story..entahla..moga kita semua dilindungi dari kejadian2 yg tidak diingini..sbb utk den, den xkuat nak hadap benda2 begini..jd moga Allah swt lindungi den dan keluarga..kome semua juga..

p/s..gambar dlm plastik tu, kepala ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:08 PM | Show all posts
kuat jg tenaga dia. main kerat2 pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2026 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:55 PM | Show all posts
indon ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 02:42 PM | Show all posts
Kalau tidak jadi kawin bayar baliklah duit tu...sepatutnya mungkin tak ada masalah kalau dia bayar. Kalau tak bayar, memang rasalah sakit hati kena tipu dengan scammer..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 1169 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 4648 Replies : 7
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057247 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list