Foto: IG
Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus baru sahaja mengambil anak angkat berusia sebulan.
Selebriti ini mengumumkannya melalui Instagram baru-baru ini.
"Memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga kami. Ia bukan keputusan yang mudah kerana terpaksa berfikir banyak perkara termasuklah emosi. Saya rasa takut, sama ada saya boleh menjadi ibu yang baik untuk anak kecil ini."
Tambahnya, dia akan selalu berkongsi lebih banyak perkembangan sepanjang membesarkan bayi tersebut.
"Ucapkan selamat kepada Idris. Jika boleh doakan untuk Idris dan kami juga."
Anak kembar Sazzy, Imaan Lily dan Tiara Rose juga tiada bantahan dan sedia menerima bayi ini.
Tindakan Sazzy mengambil anak angkat ini mendapat pujian rakan-rakan artis termasuk Lisa Surihani dan Daphne Iking.
Buat pengetahuan pasangan ini berkahwin pada 8 November 2006 dan dikurniakan kembar pada 28 April 2011. -CARI
|