Kredit foto: Youtube mStar
Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita kematian celebriti muda Malaysia seperti arwah Abam dan Ashraf Sinclair. Rabu lepas sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kematian penyanyi Maya Matahari yang meninggal dunia akibat kanser.
Menerusi video youtube mStar, tunang kepada Maya, Muhammad Haziq Khairil menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat menunaikan permintaan arwah untuk memakai cincin perkahwinan yang dibeli untuk penikahan mereka yang dirancang tidak lama lagi.
Muhammad Haziq Khairil, Tunang Arwah Maya Matahari. Kredit foto: Youtube mStar
Menurut Muhammad Haziq, dia tidak membenarkan Maya atau Myanaliza Ruslee, 44, memakai cincin berkenaan kerana mahu menanti hari yang bersesuaian. 'Saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi permintaannya yang berhasrat untuk menyarung cincin pernikahan kami. Lebih tiga kali dia meminta, namun saya terpaksa tolak kerana belum tiba masa yang sesuai', kata Muhammad Haziq kepada mStar.
Muhammad Haziq juga mengatakan yang Maya pergi dengan mudah. 'Maya menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital dan sempat melafazkan kalimah syahadah', katanya lagi.
Mereka berhasrat untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini tetapi tidak kesampaian.
Menurut Muhammad Haziq, arwah Maya ada membuat perkara pelik iaitu menyebut bahawa dia akan meninggalkan tunangnya itu dengan kematian. Perkara itu disebut tiga hari sebelum beliau meninggal dunia.
Jenazah Maya dikebumikan di Kampung Setia Jaya, Machap, Johor selepas dimandi dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pagi Khamis. Alfatihah untuk arwah Maya. -CARI |