CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23205|Reply: 12

[Tempatan] Lelaki buntu cari 2 anak, dah sebulan dibawa lari isteri sakit mental

[Copy link]
Post time 4-1-2025 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki memohon bantuan orang awam untuk menjejaki dua anak lelakinya yang didakwa disembunyikan oleh isteri selepas keluar dari rumah di Kuala Selangor, Selangor selama hampir sebulan.

Mohd Faizal Jamaludin, 31, yang sebelum ini pernah memuat naik hantaran di Facebook buntu apabila masih tidak dapat menghubungi anak-anaknya sehingga kini.

Dalam hantaran Facebooknya, turut disertakan beberapa gambar dan video keadaan anak bersama isterinya yang dikatakan mengalami gangguan mental sehingga berupaya mencederakan orang di sekelilingnya.



Mohd Faizal mendakwa bahawa isterinya sering mengugut menggunakan objek tajam seperti pisau apabila emosinya tidak stabil dan berada dalam keadaan marah.

Dalam sebuah video yang dikongsikannya, kelihatan isterinya memegang pisau dan cuba mengacukan kepada Mohd Faizal sehingga melukakan ibu jarinya.

Dakwanya, kedua-dua orang anak lelakinya, Muhammad Farhan Shafie, 1, Muhammad Fa'id Suhayl, 3, disembunyikan tanpa sebarang khabar meskipun laporan polis sudah dibuat.

"Saya dah tak tahu, dah puas pujuk nak tahu perkembangan anak-anak tetapi, dah hampir sebulan tiada apa-apa berita.

"Bahkan, saya dah ikhtiar guna media dengan cuba uar-uarkan maklumat mengenainya di sebuah stesen radio tempatan namun tak jalan juga.

"Laporan polis pun tiada perkembangan, mereka hanya hubungi isteri, tetapi isteri tak angkat telefon," katanya kepada Majoriti.

Mohd Faizal pada masa sama memohon bantuan warga maya untuk mendapatkan peguam bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini.

Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu yg artikel ni tutup muka bini dia tu pehal..camana org nak camkan orgnya & inform?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 11:42 AM | Show all posts
kann.. macamana nak tolong klau tutup muka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mozek dek
Acaner nk kenal
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 12:47 PM | Show all posts
Entah lah nokkkk. Artikel tak lengkap. Kata hantaran FB. At least ss akaun FB atau post tu berserta dgn muka yg tidak di lantai mozek kan. Nak tolong pon tak tau cane. Cari kat FB pon tak jumpa post brader ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 12:49 PM | Show all posts
Hasil carian Google



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2025 01:13 PM | Show all posts
Acik2 forum tak percaya kalau kata orang OKU.

Sampai dah ada yang mati pun masih tanya ya ka mental sambil nganjeng

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 4-1-2025 12:49 PM
Hasil carian Google

Terbaik chuolss

Ni td muka lakinya je yg jelas..kalau x baca artikel ingtkn lakinya yg bawa lari anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca mental? kena mental abuse dari org keliling?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:48 PM | Show all posts
spill je nama alamat no ic mak bapak adik beradik gambar clear kat fb..
laju la netizen cari kan..
sedangkan awang hilang kat us pun acik forum boleh cari inikan pulak dalam malaysia je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik forumer belum jumpa rumah anita sarawak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 01:12 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-1-2025 05:13 AM
Acik2 forum tak percaya kalau kata orang OKU.

Sampai dah ada yang mati pun masih tanya ya ka mental ...

tak yang pelik tu ada sakit mental
tapi beranak dengan dua anak jua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 04:16 PM | Show all posts
gigahertz replied at 5-1-2025 01:12 AM
tak yang pelik tu ada sakit mental
tapi beranak dengan dua anak jua.

kuat nafsu pun sejenis penyakit mental juga

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057134 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list