Jika anda pernah berkunjung ke Texas Chicken, sudah tentu anda pernah merasai Honey Butter Biscuits. Menu ini boleh dikatakan antara menu kegemaran kebanyakan pengunjung setia Texas Chicken.
Tatkala menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sehingga 14 April ini, apa kata kita guna masa yang ada untuk cuba sendiri resipi untuk membuat Honey Butter Biscuits ini. Resipinya amat mudah, dan kalau anda tiada ketuhar di rumah, jangan risau kerana hanya dengan menggunakan Air Fryer pun boleh buat! Mari kita lihat resepinya;
Kredit Foto: Facebook Texas Chicken Malaysia
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula (ikut pada tahap kemanisan masing-masing)
115g butter yang sejuk
140ml susu segar
2 sudu kecil cuka
Madu
Butter
Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan kering sehingga menjadi adunan kering yang kecil seperti breadcrumbs.
2. Masukkan susu dan cuka, uli doh sehingga sebati.
3. Bentukkan doh menjadi ketulan kecil dan susun di atas loyang. Doh itu tidak perlu dibentuk cantik sekata.
4. Masukkan di dalam oven atau air fryer selama 15 minit dengan suhu 180 celcius.
5. Lepas siap dibakar, boleh sapukan honey dan butter ke atas biskut sementara ia masih panas.
Kredit Foto: Melissa Mullen via Ilham Media
Jangan lupa untuk cuba resepi Honey Butter Biscuit ini di rumah. Jadikan masa yang ada sebagai masa berkualiti bersama keluarga. Selamat mencuba!- CARI
Kredit Resepi: Melissa Mullen via Ilham Media |