Foto: IG
Walaupun dimuat naik dari tahun lepas, namun gambar-gambar Fara Mendoza duduk di atas harimau dan gajah menjadi bualan hangat baru-baru ini.
Tindakannya bergambar bersama haiwan-haiwan trsebut mengundang kemarahan netizen dan menyifatkan ianya sebagai penganiayaan haiwan.
Difahamkan gambar-gambar tersebut diambil semasa percutiannya ke Thailand pada tahun lepas.
Di Twitter, ada netizen yang memohon agar pelakon tersebut memadamkan gambar tersebut sebagai tanda hormat selain tidak menyebarkan pengaruh tak baik kepada masyarakat.
"Saya tidak boleh melakukannya sendirian, tolonglah laporkan akaun ini. Dia menyokong penderaan haiwan..
"Dia seorang influencer dan tidak sepatutny menggalakkan orang ramai melakukan perkara sebegini," tulis akaun Twitter @ffrsshhh.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun katanya Fara tak mengendahkan permintaan tersebut.
Mungkin sayang agaknya nak padam, dah posing cantik begitu kan? -CARI |