Kredit foto: alizasara.com
Isu perbalahan di antara netizen dengan artis nampaknya belum ada tanda-tanda akan tamat. Terbaru, pelakon dan penyanyi Adibah Noor menghentam seorang pengguna Twitter selepas individu itu memuatnaik status yang melabelkan artis Malaysia sebagai tiada kualiti dan maruah.
Pengguna Twitter itu mengatakan bahawa sudah menyampah melihat muka-muka artis bila mereka masuk televisyen!
“Menyampah je tengok muka-muka artis bila diaorang masuk tv! Drama dah la tak ada kualiti cerita pula banyak yang bodoh-bodoh dan menyampah! Buat lawak tapi membosankan, itulah artis-artis Malaysia semua bodoh dan tiada maruah. Puii!!” tulis individu itu.
Kredit: Twitter Adibah Noor
Terasa dengan kutukan individu tersebut, penyanyi Adibah Noor berkata sekiranya begitu, maka selepas ini tidak perlu lagilah berurusan dengan mana-mana artis terutamanya ketika dia memerlukan bantuan atau derma.
“Ok. Tak usah layan lagi artis Malaysia ya. Nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke… pun jangan cari artis Malaysia ok? Babai," tweet Adibah Noor.
Ramai netizen meminta agar Adibah Noor bersabar dan tidak perlu mengambil peduli dengan individu tersebut. Penyampai radio, Haniff Hamzah juga mengatakan agar Adibah Noor tidak perlu layan individu tersebut.
“Kak jangan layan la kak”, tulis Haniff Hamzah.
Kredit foto: Twitter Adibah Noor
Adibah Noor sebelum ini membuka ruangan komen di laman twitternya membenarkan sesiapa yang memerlukan bantuan, untuk mempromosikan perniagaan mereka secara percuma. Ia merupakan satu langkah Adibah Noor bagi membantu para peniaga atas talian.
Terdahulu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), menerusi Instagram menyenaraikan enam permintaan kepada kerajaan yang meminta bantuan khas untuk golongan artis yang disifatkan netizen sebagai tidak munasabah. Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizan dalam laman sosial dan bertambah hangat apabila Zarina Anjoulie membuat video mendedahkan sikap sebenar segelintir artis yang suka menayang kemewahan.
Bilakah 'perang' antara warganet dan artis akan berakhir agaknya? Golongan artis ini patut berhenti melayan provokasi segelintir warganet dan buktikan mereka bukan seperti anggapan sesetengah orang. Salah satu caranya ialah dengan memberi sumbangan pada perkara yang lebih penting seperti usaha melawan Covid-19. - CARI |