Hari ini sudah masuk minggu keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Namun, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih ingkar arahan dan keluar rumah meskipun tanpa urusan penting.
Melihatkan isu ini, beberapa selebriti tampil menggunakan pengaruh mereka di media sosial untuk memberikan kesedaran kepada rakyat yang masih degil.
Turut tidak terkecuali, Neelofa juga terpanggil untuk membuat video berkenaan isu pandemik ini. Lebih menarik, beliau bercakap dalam dialek Kelantan!
Sumber: Berita Harian
"Jago jarak, putuhkan rantey penulare"
Neelofa turut berpesan agar rakyat patuh kepada saaranan kerajaan untuk terus kekal duduk di dalam rumah. Sambung beliau lagi, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga negara.
"Masing masing jaga diri, jago keluarga, jaga tetango, jaga negaro!"
Diharapkan usaha Neelofa ini boleh menjadi contoh kepada banyak lagi selebriti lain agar turut sama berkempen untuk memberi kesedaran kepada peminat mereka. Syabas Neelofa! - CARI |