Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan menimbulkan keresahan terutama kepada golongan penuntut institut pengajian tinggi (IPT), lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Terbaru, seorang pengguna Twitter teruk dihentam warganet selepas lantang menyuarakan kekesalan kerana tidak dapat pulang ke rumah berikutan PKP yang terus dilanjutkan.
Kredit foto: HMetro/BH Online
Dia berkata demikian bagi mengulas mengenai komen seorang pengguna yang meminta orang ramai mendengar seruan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak menyarankan penuntut IPT pulang ke rumah masing-masing.
Kredit foto: Twitter
Pendapatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, seterusnya mencetuskan perdebatan hangat di kalangan warganet.
Kredit foto: Twitter/Lobak Merah
Kredit foto: Twitter
Dalam pada ramai mengecam kenyataannya itu, ramai juga memihak padanya terutama apabila mengambil kira kesihatan mental semua penuntut yang seolah-olah terasing dari dunia luar.
Di waktu bencana begini, janganlah kita berpecah-belah. Sama-samalah kita memberi semangat antara satu sama lain. - CARI |