Kredit foto: Selangorkini
Aplikasi mencari jodoh Muslim, Baituljannah.com mencatatkan peningkatan pendaftaran baharu yang signifikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Berdasarkan laporan portal Selangorkini, Pengarah Urusan Baituljannah Sdn Bhd, Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon berkata, permohonan mencari jodoh di aplikasi berkenaan naik 21.3 peratus dalam tempoh PKP.
Kredit foto: Berita Harian
"Kita percaya kenaikan itu disebabkan faktor duduk rumah dan mempunyai banyak masa sepanjang tempoh PKP. Mereka mungkin mempunyai banyak masa terluang dan mula memikirkan masa depan termasuk jodoh masing-masing," katanya.
"Kita percaya kenaikan itu disebabkan faktor duduk rumah dan mempunyai banyak masa sepanjang tempoh PKP. Mereka mungkin mempunyai banyak masa terluang dan mula memikirkan masa depan termasuk jodoh masing-masing," berkata, pemohonan baru tertinggi diterima dari Johor dan Selangor dengan masing-masing 13.6 peratus dan 13.1 peratus.
Beliau menjelaskan kepada Selangorkini, 65.91 peratus daripada pendaftaran baharu di Selangor terdiri daripada pemohon wanita, manakala selebihnya lelaki.
Kredit foto: Baituljannah.com
"Baituljannah.com merupakan platform berkesan mencari jodoh dalam kalangan Muslim di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan penyertaan 548,990 pemohon setakat ini.
"Berdasarkan rekod, 2,611 pasangan yang berkenalan melalui aplikasi sudah berkahwin," katanya. - CARI |