CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19450|Reply: 103

Penyamar Siti Nurhaliza Di Tik Tok Akhirnya Tersungkur

[Copy link]
Post time 21-4-2020 05:38 PM | Show all posts |Read mode




Setelah beberapa orang artis melibatkan diri dengan aplikasi muzik Tik Tok, penyanyi nombor 1 negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza turut tidak ketinggalan membuka akaunnya sendiri di aplikasi tersohor ketika ini.


Tetapi, dah nama pun penyanyi terkenal, banyak pula akaun Tik Tok yang mempunyai nama sama dengan Siti hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan para peminatnya.


Menerusi akaun Twitter, Siti menegaskan akaunnya sudah diperakui pihak Tik Tok dengan memakai baju hijau walaupun akaunnyan jauh ketinggalan dengan akaun palsu yang jumlah pengikutnya 149,600 orang.






Kredit foto: Twitter



Setelah tersebarnya berita tersebut, akaun Siti telah meningkat kepada 53,500 jumlah pengikutnya. Namun, dalam masa yang sama akaun palsu pula telah menukar nama kepada Siti Nurhaliza Tarud, mungkin dengan harapan mahu mengelirukan peminat. Lebih teruk, penyamar juga menukar gambar Siti berpakaian warna merah kepada warna baju yang sama. Hal ini membuatkan para peminatnya berasa marah.



SIti Nurhaliza



Menurut mereka yang mempunyai akaun Tik Tok, akaun penyamar tersebut sebenarnya adalah peminat Siti Nurhaliza sendiri dengan meletakkan nama Ctloveu. Bagaimanapun, setelah ramai yang membuat laporan terhadap akaun penyamar, ianya terus hilang dari radar.



Tidak hanya penyamar itu, rupa-rupanya ramai juga yang memiliki nama sama dengan Siti tetapi pengisiannya berbeza.



Tik Tok



Ramai pula yang teruja untuk memiliki akaun Tik Tok ini setelah penyanyi kesayangan ramai ini mula menceburi video 15 saat ini.


IG



Apa pun, pastinya penyamar itu hanya mengagumi Siti Nurhaliza dan bukannya mahu merampas kedudukan Siti di aplikasi tersebut. Terkini akaun Siti kian menghampiri jumlah 100,000 pengikut dan dijangka makin meningkat apabila Siti membuat lintas langsung menyanyi bersama pengikutnya 22 April nanti.-CARI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
errkkkkkkk dh tu nk kena mggelabah ttkssss ke takkkk????
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 05:44 PM | Show all posts
gigihnya nak tiru 100%
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 05:45 PM | Show all posts
dapat award ka kalau jadi follower dia?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak: errkkkkkkk dh tu nk kena mggelabah ttkssss ke takkkk????

wajib lahhhh kakiahhhhhh...sila gelabah sebanyak y mungkinnnnn~{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 21-4-2020 05:47 PM
wajib lahhhh kakiahhhhhh...sila gelabah sebanyak y mungkinnnnn~{:smile

aaaaaajummmssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa BBNU sgt penyanyi bernombor nak join tiktok pulak? Hilang exclusivity mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 21-4-2020 06:05 PM
Kenapa BBNU sgt penyanyi bernombor nak join tiktok pulak? Hilang exclusivity mcm ni

Sudah tahap mbnu la..nak jugak tergedik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tak yah la tiktok dah tua2 ni.  geli
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la ikut arus sangat tokti.
Makin lama makin hilang exclusive tu.

Then again, sapalah kita nak bg dia nasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 21-4-2020 06:11 PM
Sudah tahap mbnu la..nak jugak tergedik2

Tu la tiktok ni biar la geng2 wany kayrie, zizi kirana, sarah suhairi join..dah tahap tokti ni tak payah la nak bertiktok sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:32 PM | Show all posts
bior la toktik nak bertiktok pon..boleh la exercise skit bila menari2 ke...tokti jgk ingin berasa muda gitoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dh tua kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:38 PM | Show all posts
Tiktok TokTi mesti jinak2 je.. Aku yakin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang exclusive
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:15 PM | Show all posts
geli la dah tua2 nak tiktok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 07:26 PM | Show all posts
she is 41                     
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tik tok ni mmh untuk menari je ke? Ke ada kegunaan lain?

Kalo tok ti nak menari pon, sila la jangan terkinja kinja. Goyang goyang pale, goyang goyang bahu sudah lah. Kalo nak terkinja sangat kang, mampuih org seranah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesal muka piyah dh mcm Aina Abdul dlm pic atas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka piyah da mcm aunty saerah pulok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073471 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list