CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8734|Reply: 37

Ikonik Tetapi Kejam, Ini 3 Penggusti WWE/WWF Yang Pernah Membunuh

[Copy link]
Post time 21-4-2020 10:50 PM | Show all posts |Read mode

KREDIT FOTO: Curb Stomp, https://wrestling-jat.fandom.com/





Anda suka menonton rancangan gusti WWE atau WWF di televisyen (TV)? Segala gerakan dan pukulan yang kita lihat di TV seakan-akan betul walaupun itu semua hanya lakonan sahaja.


Tapi, tahukah anda ada penggusti dari syarikat yang pernah betul-betul membunuh? Mari lihat tiga penggusti WWE/WWF yang pernah membunuh seseorang.




Jimmy ‘Superfly’ Snuka



Jimmy 'Superfly' Snuka

KREDIT FOTO: Más deporte, colombia.as.com





Pada 1983, Jimmy dan teman wanita, Nancy Argentino kembali ke bilik hotel Jimmy di Pennsylvannia selepas terbabit rakaman WWF TV dengan Jose Estrada.


Selepas itu, Jimmy menelefon pihak ambulans memaklumkan yang Nancy tidak sedarkan diri sebelum wanita itu dibawa ke hospital tempatan dan disahkan meninggal dunia.





Jimmy (kiri) dan Nancy

KREDIT : Timeline: Jimmy 'Superfly' Snuka and the death of Nancy Argentino, mcallnews.com





Hasil autopsy menemu kesan kecederaan pada seluruh badan termasuk kecederaan kritikal pada otak seperti hasil perlanggaran dengan objek keras.


Jimmy terlepas daripada pertuduhan membunuh dan berjaya menyelesaikan kes dengan keluarga mendiang di mahkamah. Ada konspirasi mengatakan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), World Wrestling Entertainment (WWE), Vince McMahon cuba menyembunyikan kebenaran kes ini.


Pada 2015, kes ini dibuka semula dan Jimmy disabitkan melakukan pembunuhan tahap ketiga yang boleh dikelaskan sebagai jenis pembunuhan tanpa niat.
Jimmy bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kes ditunda pada Januari 2016 atas keadaan kesihatan mental Jimmy.


Jimmy kemudian digugurkan daripada pertuduhan pada 2017.





Jimmy pada tahun 2017

KREDIT : Homicide charges dropped against ex-pro wrestler Jimmy ‘Superfly’ Snuka, theaustintimes.com





Jimmy meninggal dunia pada 2017 akibat penyakit saraf.




The Great Khali



The Great Khali

KREDIT FOTO: WWE wrestler The Great Khali to make Tollywood film debut, bizasialive.com




Pada Mei 2001, The Great Khali masih berlatih untuk menjadi penggusti profesional di akademi California All Pro Wrestling (APW). Pada suatu hari, Khali terlibat dalam satu kemalangan semasa latihan bersama rakannya di akademi, mendiang Brian Ong.


Pada mulanya, Brian menerima gegaran pada kepala semasa kemalangan kecil ketika latihan. Tetapi, staf APW membenarkan Brian untuk menyambung latihannya.


Semasa perlawanan latihan dengan Khali, dia melakukan gerakan flapjack sebanyak dua kali kepada Brian. Anda boleh lihat contoh gerakan flapjack di bawah:







Brian terus dibawa ke hospital kerana gegaran pada otak akibat serangan itu sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.


Khali bagaimanapun tidak disabitkan pertuduhan membunuh atas alasan kemalangan berlaku dalam sukan yang berisiko seperti gusti profesional menyebabkan keluarga Brian menuduh APW tidak menjaga keselamatan penggusti dengan teliti dan Khali menerima saman sebanyak berjuta-juta dolar daripada APW.





The Great Khali ketika beraksi di Smackdown Live, program bawah WWE

KREDIT FOTO: Jinder Mahal Slaps The Great Khali, youtube.com









Chris Benoit



Chris Benoit

KREDIT FOTO: Chris Benoit Biopic ‘Crossface’ Shut Down By Benoit’s Family, screengeek.net





Pada 2007 ketika program Pay Per View (PPV) Vengeance yang berlangsung pada Ahad, Chris Benoit tiba-tiba 'hilang' sebelum ditemui meninggal dunia pada keesokan harinya. Vince McMahon memutuskan untuk membatalkan program RAW yang dijadualkan untuk dijalankan keesokan harinya selepas PPV Vengeance.


Tiada maklumat didedahkan oleh Vince dan rancangan memorial untuk Chris selama tiga jam dijalankan bagi menggantikan RAW.


Beberapa hari kemudian, dunia gusti mendapat kebenaran yang Chris telah membunuh isterinya, Nancy pada hari Jumaat. Difahamkan, Chris turut membunuh anak mereka pada Sabtu keesokannya sebelum membunuh diri pada Ahad.





Chris (kanan), Nancy (kiri) dan anak mereka

KREDIT FOTO: www.historicmysteries.com





Dikatakan, bekas suami Nancy, Kevin Sullivan terbabit dalam pembunuhan ini, tetapi dinafikan oleh Kevin.





Kevin Sullivan

KREDIT FOTO: Kevin Sullivan On Roman Reigns Potentially Turning Heel, WCW, All In, More, pwmania.com





Hasil autopsi mendapati Chris mengalami kecederaan otak yang teruk akibat terbabit dalam banyak perlawanan gusti yang ganas. Terdapat juga bukti penggunaan dadah peningkat prestasi dan ubat tahan sakit yang kerap.


WWE memutuskan untuk memadam semua rekod Chris semasa di syarikat itu. Ada yang menganggap kematian Chris merupakan punca WWE menukar jalan cerita WWF (WWE) daripada era Ruthless Aggression kepada PG Era yang lebih sesuai ditonton golongan yang lebih muda. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Begantung pada ubat utk teruskan hidup dan kerjaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 11:27 AM | Show all posts
Dulu aku minta dgn Jimmy Snuka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 02:58 PM | Show all posts
kes tu WWE banned pukul kerusi kat kepala, piledriver. kalau tengok zaman lewat 90an dulu pukul kepala dgn kerusi, pacak kepala (sit down piledriver) adalah legal, sekarang dah tak boleh..

tapi kt promosi lain masih dibolehkan.. kadang2 kat US ni dia ikot negeri ada yg legal kan benda tu. anyway sorang lagi Scott Hall/ Razor Ramon, sebelum dia join WWF. tapi sebab tak cukup bukti katanya untuk self-defense) so dakwaan tu digugurkan.

kalau nak tengok sisi2 gelap pasai gusti profesional, insiden2 kontroversi boleh layan siri Dark Side of the  Ring. seakarang tgh run season 2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:07 PM | Show all posts
nape dia bunuh kuarga dan diri?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
{:teatiE the bugger die
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom: kes tu WWE banned pukul kerusi kat kepala, piledriver. kalau tengok zaman lewat 90an dulu pukul kepala dgn kerusi, pacak kepala (sit down piledriver)  ...

Aku suka scott hall tag team kevin nash, tag team paling maskulin walaupun selalu kena bedal ngan goldberg.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 04:17 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-4-2020 03:07 PM
nape dia bunuh kuarga dan diri?

Takde sape tahu.Mungkin sebb terlalu high dah...
Dia amik mcm2 jenis ubat.
Plus ada satu threadmark move dia, hempuk badan org guna muka dia. dengan dia terjun dari turnbuckle tu.
Gila punya move.

Sangat menyedihkan ending idup dia ni. One of my fav wrestler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 22-4-2020 04:17 PM
Takde sape tahu.Mungkin sebb terlalu high dah...
Dia amik mcm2 jenis ubat.
Plus ada satu threadm ...

Nasib baik wrestlers yg iols suke mcm The Rock tak jadi mcm ni.. nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 05:52 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-4-2020 05:30 PM
Nasib baik wrestlers yg iols suke mcm The Rock tak jadi mcm ni.. nauzubillah

The rock ok je, boleh nmpk dia ni positive living. cara dia layan peminta pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 05:53 PM | Show all posts
nuno replied at 22-4-2020 03:57 PM
Aku suka scott hall tag team kevin nash, tag team paling maskulin walaupun selalu kena bedal ngan  ...

ni masa diaorg kat wcw kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 22-4-2020 05:52 PM
The rock ok je, boleh nmpk dia ni positive living. cara dia layan peminta pun ok.

Iols pernah terbaca, the rock dolu2 pernah mengalami depression.. tak tau la kalau ni cite hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik kecik dulu selalu tgk WWF, sampai tukar jadi WWE. Sbb parents suka sgt tengok wrestling ni. Sampai sekarang parents dok layan wrestling walaupun diorg tak faham sepatah pun yg semua wrestlers tu cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:01 PM | Show all posts
Eric.n9 replied at 22-4-2020 05:53 PM
ni masa diaorg kat wcw kan...

haah betul..dulu layan wcw

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:03 PM | Show all posts
Eric.n9 replied at 22-4-2020 04:17 PM
Takde sape tahu.Mungkin sebb terlalu high dah...
Dia amik mcm2 jenis ubat.
Plus ada satu threadm ...

Swandive Off The Top Turnbuckle - When Benoit positioned a man flat on his back and slashed his finger across his throat, the match was nearing a conclusion. At the top of the turnbuckle, Benoit would spread his arms and seem to "fall", headbutting the man on the canvas either in the back or elsewhere. This ariel maneuver was sometimes the end of the match, while at others was the set-up for the Crippler Crossface. This move doesn't see much use nowadays, as many attribute the constant bumps to Benoit's head a factor in how his life ended
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:04 PM | Show all posts
nuno replied at 22-4-2020 06:01 PM
haah betul..dulu layan wcw

Klu nak compare zaman...
rasanya paling best masa zman wcw era nwo
Hogan jadi kepala nwo
Lepas tu lawan sting versi the crow and the rest.
Ni paling best jalan cerita dia... compare dgn script script lepas tu... mcm tak berapa best. zaman DX kat wwf pn kira ok gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 06:06 PM | Show all posts
nuno replied at 22-4-2020 06:03 PM
Swandive Off The Top Turnbuckle -  When Benoit positioned a man flat on his back and slashed his f ...

haha inilah, pada aku mmg style gila seblm dia execute that move.
Naik atas, lepas tu buat cara slit throat, the terjun, bammmmm. hahaha
Klu tak jalan, dia buat crippler crossface tu. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:10 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-4-2020 05:57 PM
Iols pernah terbaca, the rock dolu2 pernah mengalami depression.. tak tau la kalau ni cite hasanah

ni mesti kes yg mak dia nak bunuh diri tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 22-4-2020 06:04 PM
Klu nak compare zaman...
rasanya paling best masa zman wcw era nwo
Hogan jadi kepala nwo

Memang time tu skrip dia leh buat gaduh woo...hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 08:32 PM | Show all posts
choyy nya hauk sangat ayat yach.

Khali menerima saman sebanyak berjuta-juta dolar daripada APW? maksudnya khali disaman kena bayar berjuta dolar ke ataupun khali dapat pampasan duit saman berjuta dolar?

Beberapa hari kemudian, dunia gusti mendapat kebenaran yang Chris telah membunuh isterinya, Nancy pada hari Jumaat? nak tahu dia membunuh pun kena mintak kebenaran ke? lepas beberapa hari kemudian dah approved baru dapat kebenaran gitu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.316706 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list