View: 5116|Reply: 58
|
Dipenjara 7 Hari Kerana Bagi Rakan Lelaki Makan Kek Batik
[Copy link]
|
|
Gadis berusia 22 tahun dipenjara tujuh hari kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila keluar rumah untuk memberi kek batik kepada rakan lelakinya.
Menurut ProjekMM, Mahkamah Majistret Shah Alam juga mengarahkan penuntut sebuah universiti swasta itu membayar denda RM800 dan perlu menjalani hukuman berkenaan pada hari dia ditangkap iaitu pada 18 April lepas.
Sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjarakan dua bulan.
Gambar hiasan
Manakala, lelaki yang juga penuntut sebuah universiti awam berusia 22 tahun itu didenda RM1,000 atau penjara dua bulan.
Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh ditemui dalam sebuah kereta yang tidak dimatikan enjinnya di tepi jalan.
Ketika disoal, wanita itu memberi alasan ingin memberi rakan lelakinya makan kek batik yang dibuatnya, manakala lelaki itu sedang makan kek berkenaan ketika tangkapan dibuat.
Gambar hiasan
Kredit foto: Aliff.co
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan tempat jangkitan di Jalan SP1/8, Subang Perdana jam 9 malam pada 18 April lepas.
Difahamkan, wanita itu dijemput lelaki berkenaan sebelum bergerak ke tempat kejadian kira-kira 800 meter dari rumahnya, manakala lelaki terbabit bergerak dari rumahnya iaitu empat kilometer dari tempat kejadian.
Terdahulu, peguam Shalehhuddin Salam yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman ke atas mereka dikurangkan memandangkan ia kesalahan pertama wanita terbabit dan lelaki berkenaan tiada niat untuk melanggar PKP selain memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa hukuman penjara akan menjejaskan pembelajaran tertuduh. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alamak..baru terfikir nak bagi...
cancel lah...
suh beli sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib rakyat marhein..xsampai 10km laju je depa tgkap..yg vvip bepuluh km kunjung mengunjung rileks je x kene pape tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
Ahahaha kesiannye.. da la bukan gf bf tapi demi kawan kena denda.. friendzone yang mahal..
Boleh je pass kan.. kenapa nak kne duduk dlm kete deting2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar dik.. Berada d tempat yg salah pd masa yg salah |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian Kau dik. Kot ye pun pakai la grab hantar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kek batik paling mahal kat malaysia
rm1800 utk dua org oiii. |
|
|
|
|
|
|
|
Risteena garit la ni aja bbnu kirim makanan kat kekasih. Such a bad influence that skank n biji sis kemut. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang Aku anti UMNO PAS sampai kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
Xde niat nk langgar pkp???ko x faham bahasa ke apa tiap2 hari berita kt tv,radio sume gtau pasal stay at home,keluar hanya bila perlu n amalkan social distancing...lagi ko boleh kuar naik keta ngan kawan lelaki semata2 nk bagi kek batik??? |
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya kek batik |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je bagi waktu siang kan...
Kawan lelaki tu boleh je kot datang depan rumah just ambil kek kalau betul mengidam sangat nak makan....tapi dia g ambil kawan pempuan dia pulak nak duduk makan bersama....walaaahhhh.
Saja cari nahas.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bf ko tu takboleh makan kek batik jam 9pagi ke
Berapa kali dah berjumpa sebelum kantoi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Macam macam hal yang berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 24-4-2020 03:04 PM
Xde niat nk langgar pkp???ko x faham bahasa ke apa tiap2 hari berita kt tv,radio sume gtau pasal sta ...
Entah2 uols zaman Sekolah dulu lagi teruk..letak bedak dalam surat...Seb baik PKP takda zaman uols Sekolah dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 24-4-2020 03:58 PM
Apa bf ko tu takboleh makan kek batik jam 9pagi ke
Berapa kali dah berjumpa sebelum kantoi ni
Biasa la sexcited nak tengok bf makan...esok dah nak puasa...mlm nak terawih.
Kena belajar2 la jadi Isteri solehah dr kecik..
Uols apa tahu...sampai sekarang x berlaki sbb x practice mcm adik ni khennn |
|
|
|
|
|
|
|
takpe la spesies macam kau bukan majoriti pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni nak bg mkn kek batik ke apam???
kek batik mana ni yg best sgt.. cer citer |
|
|
|
|
|
|
|
Berdua dalam kereta... Check
Keluar selepas 8 malam... Check
Semoga adik-adik belajar dari kesilapan |
|
|
|
|
|
|
| |
|