"Lagu ini saya dengar 23 tahun dahulu masa umur 7 tahun. Bait katanya sangat mendalam. Dan setiap kali perform dengan Raihan, rasa tak percaya."
Alif Satar sekali lagi menyentuh kalbu pendengar muzik tanah air dengan kolobrasi bersama kumpulan nasyid popular, Raihan. Lagu Dambakan CintaMu yang pernah didendangkan Raihan (ketika itu penyanyi utama Nazrey) menghidupkan lagi lagu ini.
Tampaknya, Alif mengulang kejayaan lagu Sesungguhnya 2019 yang meninggalkan impak luar biasa.
Menurut Harian Metro, Alif menjelaskan yang dia sentiasa berbesar hati dapat bekerja-sama dengan kumpulan disanjungnya itu.
"Walaupun ini bukan lagu baru, namun peluang berduet bersama Raihan cukup saya nantikan. Harus diakui peluang ini cukup menjadi kebanggaan peribadi disebabkan Raihan bukan calang-calang nama."
Apa yang pasti, Alif tidak mahu versi baharu lagu itu dirakamkan sekadar suka-suka. Sebaliknya, dia ingin memastikan keseluruhan lagu berkenaan mampu meninggalkan kesan mendalam di hati setiap pendengar.
Disebabkan itu, dia turut berusaha menampilkan elemen segar dengan sentuhan tersendiri bagi menaikkan lagi serinya.
"Melodi asalnya menggunakan elemen 'acapella' sudah sedia indah. Tapi, untuk memberi impak lebih kuat, saya bersama band The Locos memberi pembaharuan terhadap susunan muzik kali ini.
Kredit foto: Blog
Penggunaan alat muzik tanpa berlebihan ini lebih dramatik bermula dengan dinamik bunyi dram, kesesuaian bunyi gitar utama dan bass serta clarinet dengan melodinya lebih mendayu.
Biarpun belum sempat merakamkan video muzik rasmi kerana PKP, namun video muzik yang dapat ditonton sejak 27 April itu tetap menarik minat penonton. Apatah lagi kemunculan selebriti seiras Neelofa dalam video klip tersebut menguatkan lagi lagu berunsur ketuhanan ini.
Malah, Alif turut meninggalkan tanda tanya mengenai siapakah wajah yang menangis dalam video klipnya itu?
Kredit foto: Twitter
Maka, ramailah yang berteka-teki dan ada yang mendakwa Neelofa lah tuan empunya badan berdasarkan kedudukan tahi lalat dan wajahnya yang persis pelakon dan usahawan berjaya itu.
Dan akhirnya, Alif Satar menjawab di laman Instagramnya.
Sementara itu, pencipta asal lagu itu yang juga anggota Raihan, Abu Bakar berkata, kerjasama berkenaan satu pilihan tepat. Apatah lagi, mesej lagu itu cukup kuat untuk dijadikan pedoman sepanjang masa.
"Lagu ini berkisar pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa. Sebagai manusia biasa, kita berbuat baik namun kadangkala tidak sengaja terlupa siapa diri kita sebagai hamba Allah. Lagu ini jarang disebut, tapi liriknya menusuk."
Kredit foto: IG
Melihat di laman YouTube, ramai yang memuji persembahan Alif, Raihan hatta Neelofa sendiri yang memberi persembahan menginsafkan.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: YouTube
Bagaimanapun, ada yang turut membandingkan suara Alif dan Nazrey, yang mana satu lebih sedap?
Kredit foto: Twitter
Apapun, usaha baik untuk mengembalikan lagu ketuhanan begini harus diberi kredit. Dan antara Nazrey dengan Alif, kedua-duanya mempunyai kekuatan suara tersendiri. Usah dibandingkan kerana setiap penyanyi mempunyai pesona masing-masing. Ayuh sokong industri muzik Malaysia. - CARI
Post time 29-4-2020 02:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I is lg feeling kalau nazrey yg nyanyi no doubt wpun aku lum dgr versi alif nyanyi... tingin nak tgk tahap keinsafan nilopa tu tp takut termengata di bulan puasa...tgk still clip tu da tbayang2 dahi kerut2