Jika anda perasan, penggunaan tanda pagar #kitajagakita mula digunakan segelintir rakyat Malaysia untuk menyatakan tanda sokongan sesama kita. Ianya wujud kerana rakyat tidak percaya dengan kemampuan kerajaan menjaga rakyat disebabkan sibuk dengan agenda politik.
Namun, lama kelamaan #kitajagakita semakin popular sehingga ia digunapakai di peringkat kerajaan sendiri. Penyalahgunaan perkataan ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat marhein kerana ia seolah-olah menjelaskan yang kerajaan dan rakyat adalah satu rantaian orang yang sama.
Sedangkan, pada mulanya ia dicipta untuk sesama rakyat sahaja. Dah kenapa kerajaan nak pakai sama?
Kredit foto: Twitter
Pelbagai telahan dinyatakan yang kononnya kerajaan mahu turut bersama-sama rakyat menyelami keperitan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, yang lain pula berpendapat ia adalah psikologi terbalik untuk sama-sama percaya yang rakyat dan kerajaan adalah sama-sama senasib.
Foto : Borneo
Bagaimanapun, ada yang juga membangkang perkara itu. Baginya hashtag tersebut adalah sebagai petanda kita menjaga diri masing-masing dan semangat kebersamaan itu lah yang mengeratkan hubungan kita semua.
Foto : Prankfairie
Apapun, dengan hashtag tersebut ia mampu membawa kita semua ke arah dimensi baru bagi menjaga sesama sendiri.
Jadi, salah atau tidak, hashtag tersebut mungkin bukanlah isu utama, sebaliknya apa yang lebih penting adalah nasib kita tetap terbela. - CARI
|