Pertemuan Wan Azizah dan Amir Qatar pada November 2018.
Kredit foto: Facebook
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan yang tular dalam Facebook kononnya beliau pernah menerima dana untuk membantu pelarian Rohingya daripada Tabung Pembangunan Qatar dan memasukkannya ke akaun persendirian.
Memetik kenyataan dalam Facebook, beliau menjelaskan bahawa ketika menjadi kerajaan, Barisan Nasional (BN) telah mengusahakan dana bagi tujuan tersebut.
Kata Zahid, walaupun Qatar bersetuju untuk memberi penajaan, kerajaan pada masa itu tidak menerima sebarang dana atau bantuan.
"Sehinggalah tampuk di Putrajaya berubah. Dana sebanyak USD 50 juta diterima ketika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya," jelasnya.
Kredit foto: Facebook
Beliau turut berkongsi pautan laman Facebook bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung penerimaan dana tersebut dalam pertemuan dengan Amir Qatar, Sheikh Tamin bin Hamad al-Thani.
Dalam hantaran bertarikh 25 November 2018, Wan Azizah menulis: "Saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan USD50 Juta kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya."
Sehubungan itu, Zahid meminta PH memberi penjelasan terperinci tentang dana tersebut dan bukan sekadar menyalahkan BN.
Pelik juga apabila Zahid yang dituduh sedangkan orang lain yang menerima dana berkenaan. - CARI |