Kredit foto: Facebook Suami Masak Apa Hari Ini?
Tidak dinafikan memang ramai suami yang pandai memasak, malah ada yang lebih hebat daripada isteri masing-masing.
Pasti ada yang memanfaatkan bakat memasak dalam diri untuk membantu isteri di dapur semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kini, mereka juga boleh berkongsi pengalaman memasak, petua dan resipi dalam kumpulan Facebook Suami Masak Apa Hari Ini?.
Bagaimanapun, kumpulan yang kini mempunyai lebih 50,000 ahli itu hanya eksklusif untuk golongan lelaki yang bergelar suami atau bakal suami sahaja.
Ada juga isteri yang mencuba nasib masuk kumpulan ini. Kredit foto: Facebook Suami Masak Apa Hari Ini?
Maknanya, isteri-isteri adalah dilarang sama sekali daripada menyertai kumpulan Facebook berkenaan.
"Suami yang padu hanya upload gambar/video #airtangansuami sahaja dan bukan makanan yang dimasak oleh isteri tercinta atau dari Pakcik Google.
"Suami yang padu lagi hebat adalah suami yang share #resipicampakcampak masakan agar dapat dikongsi bersama. Hidup biar berjasa, bro!
"Suami yang padu, hebat lagi mantap adalah suami yang sentiasa support each other. Takkan nak likes & komen pun kedekut bro," jelas pengendali kumpulan tersebut.
Antara resipi menarik yang dikongsikan adalah sup ayam komunis, ayam madu Pantai Timur, kerabu sotong Ramadan dan gulai tempoyak tulang.
Sup ayam komunis. Kredit foto: Facebook Suami Masak Apa Hari Ini?
Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah masuk kumpulan Facebook ini. - CARI |