View: 19974|Reply: 124
|
Faizal Hussein Aktor Sepanjang Zaman, Mana Nak Cari Pelakon Lain Macam Tu
[Copy link]
|
|
Jika kita ingin mencari sosok pelakon lelaki yang bergiat aktif dari dulu hinggalah sekarang, pastinya anugerah tersebut harus diberikan kepada aktor Faizal Hussein, 53, yang masih memegang watak hero hingga kini.
Bermula sebagai pelakon kanak-kanak sejak usia empat tahun lagi, bakat Faizal bukan semata-mata kerana darah seni yang mengalir dalam tubuhnya, tetapi lebih kepada kegigihannya menjayakan sesuatu watak.
Dalam usia remaja 18 tahun, beliau sudah memegang watak hero dalam filem Bujang Selamat (1985) kemudiannya disusuli dengan filem malar segar Gila-Gila Remaja (1986), aksinya semakin rancak di layar perak.
Kredit foto: FB
Penghargaan itu diabadikan dalam momen ringkas pengulas industri hiburan tanah air, Sepit Siput yang kemudiannya di siarkan kembali oleh anak seniman Hussein Abu Hasan dan seniwati Mahyon Ismail ini.
Boleh dikatakan karier Faizal bergerak seiring dengan peningkatan usianya. Jika pada usia remajanya, watak-watak hero cinta menjadi siulan anak muda ketika itu, era 90-an menyaksikan Faizal mebintangi drama keperwiraan dan filem-filem yang lebih serius seperti Kanta Serigala.
Manakala, tahun 2000 ke atas pula watak antihero dan antagonis disandang olehnya dalam filem Leftenan Adnan, Getaran, Gerak Khas 2 dan 3 dan Janji Diana. Memasuki era I Generasi pada 2010 dan ke atas, Faizal Hussein unggul dalam watak berkarektor seperti Bunuhan (meraih Aktor Terbaik FFM), Dukun, Pusaka dan lain-lain.
Ternyata, kelebihan dan aura yang ada pada aktor ini sukar untuk dilihat pada barisan pelakon muda sekarang. Ianya seperti aura pelakon Hollywood, makin lama makin menjadi.
Di usianya sudah setengah abad, Faizal tetap menjadi pilihan pengarah untuk menjadi hero bagi filem yang berkualiti tinggi. Teruskan berkarya, ya. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Azhan Rani pun sama, handsome. Sebab tinggi tinggi besor org dia. |
|
|
|
|
|
|
|
I respek sungguh dgn Faizal Hussin n wife ni. I penah nmpk dekat mytown lst year. Nmpk loving couple sgt |
|
|
|
|
|
|
|
dia memang pelakon yg bagus tapi pusaka watak dia hauk. tak ada pun takpe. lakonan kelaut. mungkin karektor dan skrip tak kena dgn dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang banyak pegang watak serius, tak pjas tengok..rasa personalito dia sesuai utk watak kelakar mcm gila2 remaja dulu.
Tak makan dek umur dia ni, maintain je |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi arwah TokPit semakin dikenali dunia yachh.. golongan retis pon dh recognize..
|
|
|
|
|
|
|
|
baru je semalam tengok Kat YouTube cite sesalan terakhir.dia jadi pengedar dadah n perogol anak Tori dalam cerita tu |
|
|
|
|
|
|
|
bluebutter replied at 11-5-2020 10:48 AM
Azhan Rani pun sama, handsome. Sebab tinggi tinggi besor org dia.
iols speku heol top |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 11-5-2020 11:16 AM
Amboi arwah TokPit semakin dikenali dunia yachh.. golongan retis pon dh recognize..
iols polo tokpit gak di ig
Teringat warga porum memuji2 arwah |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 11-5-2020 11:39 AM
iols speku heol top
Ish tk lahhhh. Handsome lah dia ni. Org kuala kubu tk silap.sekolah agama kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
reput cari suka sangat kopipes thread orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
bluebutter replied at 11-5-2020 11:47 AM
Ish tk lahhhh. Handsome lah dia ni. Org kuala kubu tk silap.sekolah agama kat sana.
Dia tak mampu tu..cayelah |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 11-5-2020 11:57 AM
Dia tak mampu tu..cayelah
Ya ke. Tak baik buat tuduhan. Tgk mcm gagah perkasa je masa jumpe in person kat OU bulan march dulu. AR ni siap jeling2 Iols tau yg rmbut panjang mengurai ni. Betull, tk tipu, mmg AR ni eyeing iols. Kawan iols pun ckp mcm tu. AR tu tgk ngkolah.
But..psttt..apa yg AR tk mampooo tu. Tk paham. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je tengok faizal hussein jd badass dlm gerak khas movie 2 kt astrok. Mantap sehh lakonan dr dulu sampai kini |
|
|
|
|
|
|
|
fh mmg legend
cousin rosyam nor
dua2 otai
hati kau keras royyy |
|
|
|
|
|
|
|
bluebutter replied at 11-5-2020 12:05 PM
Ya ke. Tak baik buat tuduhan. Tgk mcm gagah perkasa je masa jumpe in person kat OU bulan march dul ...
Oo ye ke. Iols percaya cakap chuol tapi pondan pun buat gitu gak kat iols. Halfway bertukar suara jantan
Erm dia macam mengelak komitmen dengan pompuan kan. Takkan muka myanmar high taste pulok..musykil
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols minat bang faizal. Kalau takde beliau, takde la fokus tengok bunohan sampai habis. Paskal pun iols tak lalu abiskan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambil dari ig tokpit ke. Meols selalu berbalas komen dgn tokpit di ig. Faizal Hussein ni mmg hensem. Meols selalu nampak dia shooting dulu2 area rumah. Baru tahu dia sepupu rosyam nor. |
|
|
|
|
|
|
| |
|