CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8771|Reply: 119

Kata 'No One Left Behind'? Ramai Mengeluh Permohonan BPN Ditolak

[Copy link]
Post time 11-5-2020 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Facebook Malaysia Government Call Centre




Ramai terkejut apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mereka kemukakan untuk membantu meringankan beban kewangan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak diluluskan kerajaan.


Walhal, dari segi kelayakan, mereka sebenarnya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.




Kredit foto: Facebook




Mungkin sebahagian besar pemohon tidak sedar bahawa kerajaan telah membuat pindaan dari segi kriteria kelayakan bagi pembayaran BPN fasa kedua.


Berdasarkan Soalan Lazim Mengenai Pembayaran Fasa Kedua BPN yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3 Mei lalu, ada empat sebab utama mengapa permohonan ditolak.




Kredit foto: Lembaga Hasil Dalam Negeri




Namun, ramai netizen mengeluh kerana kerajaan tidak menguar-uarkan tentang pindaan syarat tersebut secara meluas.


Malah, sebahagian daripada mereka hairan mengapa permohonan ditolak sedangkan mereka sudah lama menganggur selepas diberhentikan kerja.


Ada juga yang kecewa kerana mereka diberikan alasan pendapatan isi rumah melebihi syarat kelayakan sedangkan pendapatan dalam kategori B40 atau M40.


Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan mempertimbangkan semula permohonan yang ditolak supaya rakyat benar-benar layak menerima BPN tidak dicicirkan.




Kredit foto: Facebook




Isu yang dibangkitkan rakyat tersebut turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.







Mujurlah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pemohon yang gagal dibenarkan membuat rayuan sehingga 31 Mei. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah gomen pintu belakang pojaan umah Melayu. Adil telus dan saksama. {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dah dapat tu plak x payah lah nk post status duit bpn nk guna utk shopping lah beli perabot lah.. phone baru lah.. layak ke ko dpt duit tu utk beli benda2 x penting mcm tu??
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh. Cakap tak serupa bikin. Kalau asal dari PH, masuk PN pun tetap hancing pekat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:22 AM | Show all posts
tu la sedih, kata no one left behind,

aku takut dia pasang perangkap ja bila ramai p update,

nk serkap org yg bayar n istihar cukai huhu.. nk istihar guane kalu dh meniaga x masuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulah.. x dpt punnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
X patutlah. ...kena kotakan apa ug dikata. ...jgn berjanji mcm kerajaan PH dulu tapi x tepati. ...harap yg tercicir tu semua dapat cepat. ...semua yg minta tu mmg memerlukan duit....kalau depa ada duit x apply pun...so kerajaan kena faham. ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ina8895: Huh. Cakap tak serupa bikin. Kalau asal dari PH, masuk PN pun tetap hancing pekat.


Apooo ?  Berapa kerat jah yg dr PH, ujong2 umno n PAS yg vavavoooommmmm dlm PN. Hidup Melayu Umno ! Hidup PAS ! Gituhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 11-5-2020 11:14 AM
Yg dah dapat tu plak x payah lah nk post status duit bpn nk guna utk shopping lah beli perabot lah.. ...

Mungkin phone lama dah pecah teruk atau ada masalah...hp tu penting. ...nk beli baru x de duit. ....tekaan kaka la. ..cth nk tukar tayar kereta...sb tayar lama dah botak bahaya. ..tp yg perabot tu rasa mcm x pentinglah. ...tapi mana tahu perabot lama dah rosak teruk...hehe ampon
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali submit efilling tiap2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Seperti ada tanda tanda serta harapan besar kerajaan bakal bertukar tangan lagi sebelum PRU15.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:31 AM | Show all posts
volatile replied at 11-5-2020 11:28 AM
Seperti ada tanda tanda serta harapan besar kerajaan bakal bertukar tangan lagi sebelum PRU15.

mengharap untuk tukar ke Pakatan Haramjadah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekeliling aku ramai dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 11-5-2020 11:31 AM
mengharap untuk tukar ke Pakatan Haramjadah ker?

Panglima panglima besar umno/BN masih ramai diluar sana yg sedang dan masih menghidu peluang....you are not discounting them, are you?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Another thread bestnya korang dapat bantuan *sambilkorekcekpit*
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-5-2020 11:26 AM
Mungkin phone lama dah pecah teruk atau ada masalah...hp tu penting. ...nk beli baru x de duit. .. ...

Husnuzonnya cuolssss sah2 yg post status tu pon pakai phone. Elok lg la phone nya tu.. ayat pon guna bahasa ala2 eh rezeki terpija gituh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni penjawat awam.. rkn sekerja aku gred gaji dia lbh tinggi dr aku dpt...bos aku pun dpt. aku ni tiap2 bulan byr cukai, tp bila check tiada dlm rekod.. knp ms potong gaji utk cukai ada rekod, tp bila bpn takde rekod. Aku cuba jg buat permohonan semula tp tidak lulus. Aku anggap tiada rezki. Tp yg aku tak puas hati ialah agihan bpn ni tdk telus... org yg gaji dan pgkat lbh tinggi dpt.. org yg golongan pertengahan mcm aku ni tak dpt. aku bukan nak persoalkan sbb aku tak dpt cuma aku tak puas hati knp yg gaji besar pun dpt.. mahu jg org atas sana tolong jelaskan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 11-5-2020 11:31 AM
mengharap untuk tukar ke Pakatan Haramjadah ker?


Rajin betul layan boogeez dumb tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
anakkerengga replied at 11-5-2020 04:10 AM
Aku ni penjawat awam.. rkn sekerja aku gred gaji dia lbh tinggi dr aku dpt...bos aku pun dpt. aku ni ...

Lapar duitnya cyst..gaji dua bulan duduk goyang kaki xcukup kah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 12:22 PM | Show all posts
volatile replied at 11-5-2020 11:39 AM
Panglima panglima besar umno/BN masih ramai diluar sana yg sedang dan masih menghidu peluang....yo ...

tak minat aku jadi macai2 politaik demokrasi nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.509769 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list