"Saya memang tak buat IG review. Tapi bila orang bagi makanan, saya terima. Cuma, tak bolehlah anggap ia komitmen nak pos bila."
Aktres, Janna Nick meluahkan kekesalannya mengenai isu peniaga online yang semakin melampau dalam hantaran terbaharu di laman Instagramnya.
Ia rentetan mereka mendesak aktres itu membuat ulasan produk dengan alasan, barangan sudah diterima oleh Janna, tetapi tiada ulasan mengenainya.
Kredit foto: IG
Menurut Janna, dia menerima pelbagai makanan dan barangan daripada pengikutnya, tetapi tiada sebarang perjanjian untuk mengulasnya.
Itupun dia menerimanya kerana menghargai pengikut. Tetapi, hal ini menjadi lebih merimaskan apabila ada yang bertanya, bila Janna mahu membuat ulasan atau video mengenai barangan tersebut.
Bagi Janna, review yang dibuatnya adalah percuma dan ianya ikhlas. Namun, apabila ada desakan sebegini, ia seolah-olah komitmen yang mengikat dirinya dan keterpaksaan itulah menjadikan hal ini tidak seronok.
"Kalau anda buat bisnes online, mesej nak bagi makanan, saya terima. Tapi, tak boleh anggap ianya komitmen untuk disiarkan."
Kredit foto: IG
Menurut Janna, ianya semakin kerap berlaku apabila orang sama yang pernah diulas barangannya menghantar produk lain (kerana tahu alamat rumah Janna) lalu, terus-terusan bertanya bilakah ulasan tersebut akan disiarkan.
"Saya bukan tak support online business, tapi you all pun kena ikhlas bagi, bukan mengharapkan balasan posting sebagainya."
Kredit foto: IG
Lebih penting, Janna juga terpaksa membahagikan ruang yang ada dengan membantu rakan-rakannya yang terdesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersysrat (PKPB) ini.
"Kawan-kawan saya sendiri minta tolong post. Maklumlah dulu bekerja tetapi sekarang buat bisnes. Saya pun banyak lagi posting untuk kawan juga."
Di ruangan komen, rakan selebriti turut berkongsi pandangan sama dengan Janna.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Betul juga luahan Janna Nick itu. Di kala semua bergelut untuk bangkit kembali era Covid-19 ini, jangan pula ada yang mengambil kesempatan ya. Kata kuncinya, berpada-padalah ya. - CARI
|