“Ini bukan #LathiChallenge. Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni."
Berbeza dengan 'trending' #LathiChallenge yang menimbulkan kontroversi, pelakon Norman Hakim pula melakukan cabaran yang berbeza iaitu #BarzakhChallenge.
Menurut Norman, cabaran tersebut sebenarnya menimbulkan rasa insaf seolah-olah berhadapan dengan saat kematian.
"Senang sikit kan dari #LathiChallenge? Simple je, tak payah nak menari-nari bagai pastu buat muka menakutkan."
Kredit foto: IG
Apabila mencuba sendiri cabaran barzakh ini, Norman menyatakan ianya adalah satu cara untuk menginsafkan diri sendiri. Ia bukan sekadar cuba sahaja, tetapi lebih kepada perasaan mengenai apa yang akan berlaku selepas kematian.
“Kalau saja nak ‘try dan feel’ #BarzakhChallenge ni, Insha Allah senang je. Saya dah try, Ma Shaa Allah memang menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni."
Kredit foto : IG
Malah, Norman turut menyenaraikan peralatan yang diperlukan untuk cabaran Barzakh ini yang terdiri dari kain putih, kapas dan kapur barus.
Turut disertakan cara melakukannya iaitu cuma berbaring sahaja dan usahanya lebih mudah berbanding Cabaran Lathi itu.
“Barang-barang yang diperlukan untuk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange. Yang bestnya boleh simpan terus. Andai diperlukan bila betul-betul ‘sampai masa’ nanti benda dah ada.
Perkongsian Norman itu diakhiri dengan 'ianya sebagai renungan kepada semua umat Islam dan untuk diri sendiri'.
Ajal itu bila-bila masa sahaja dan kita disarankan untuk sentiasa mengingati mati dan bukannya melakukan perkara lagha semata-mata.
Rata-rata pengikutnya terkejut dengan gambar tersebut, namun akhirnya berterima kasih kerana sentiasa mengingatkan antara sesama Islam.
Kredit foto : IG
Kredit foto : IG
Alhamdulillah, ada juga artis yang menunjukkan teladan baik supaya diikuti pengikutnya. Benda yang baik harus diwar-warkan. Ada yang berani cuba untuk #barzakhchallenge ini? - CARI
|