|
Bebola magnet, wayar elektrik dan pelbagai objek lain pernah dilapor dimasukkan ke dalam kemaluan bagi memuaskan nafsu seks.
Terbaru, doktor di China mengeluarkan seekor ikan dari dalam punggung seorang lelaki yang mendakwa 'terduduk' di atasnya.
Kredit foto: Daily Star
Menurut Daily Star, pada 3 Jun lalu, lelaki berusia 30 tahun itu dibawa ke hospital di Guangdong di China selepas mengalami sakit perut.
Petugas kesihatan pelik dan terkejut apabila menemui seekor ikan air tawar di dalam perutnya selepas melakukan imbasan CT dan x-ray.
"Awak ingat saya bodoh?" respons seorang petugas kesihatan yang berang selepas lelaki berkenaan mendakwa tidak sengaja duduk di atasnya.
Kredit foto: Daily Star
Dek kerana saiznya yang besar, doktor terpaksa membedah perut pesakit bagi mengeluarkan ikan berkenaan.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada ikan tersebut masih hidup atau sudah mati ketika memasuki perut lelaki itu. Malah, ketika ia dikeluarkan, semu ayang berada di dalam bilik pembedahan itu dikatakan nak termuntah kerana tidak tahan dengan baunya.
Pesakit bernasib baik boleh sembuh selepas ikan itu dikeluarkan dari perutnya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|