Laman sosial Indonesia kini sedang hangat membincangkan pernikahan warga emas dengan anak angkatnya sendiri.
Tri Sutiyem, 65, tidak menyangka pemuda yang menjadi anak angkatnya sejak setahun lalu itu ingin menikahi dirinya.
Bercerita kepada TribunNews, sekitar bulan lalu Tri menyuruh Ardi Waras, 24, untuk segera berkahwin memandangkan dia sudah tua dan bimbang tidak lagi mampu menguruskan anak angkatnya itu.
Bagaimanapun, reaksi Ardi sangat mengejutkan Tri apabila pemuda itu sebaliknya melamar ibu angkatnya sendiri kerana mahu menjaga wanita terbabit.
Disebabkan suka sama suka, pasangan di Sumatera itu memutuskan untuk berkahwin dan mencetuskan kekecohan kerana jarak usia antara mereka.
Ketika dihubungi pada pagi Selasa, Tri mengakui dia kini bahagia hidup bersama suami mudanya itu.
Kredit foto: Dyan Gallery/TribunNews
Mereka dikatakan dinikahkan dalam majlis tertutup di rumah Tri pada Jumaat lalu, manakala ketua kampung Desa Bumiharjo mengesahkan bahawa dia menguruskan semua proses pendaftaran perkahwinan.
"Dah suka sama suka, nak buat macam mana," kata Tri.
Difahamkan, Ardi tinggal bersama Tri dan membantunya berniaga serta menoreh getah selain menjadi penari bagi kumpulan budaya dan kesenian kuda kepang yang mana salah seorang pengurusnya ialah Tri sendiri. - CARI |