|
Wanita berusia 22 tahun didakwa menyebabkan kematian dengan membelasah seorang lelaki dan melakukan serangan seksual terhadap mangsa menggunakan batang penyodok.
Dia juga didakwa membunuh seorang lagi lelaki dua bulan kemudian.
Memetik Daily Star, anak petani bernama Elena Povelyaikina, 22, itu ditahan di Omsk, Russia selepas didakwa menyerang seorang lelaki mabuk yang enggan meninggalkan rumahnya pada Ogos tahun lalu.
Kredit foto: Daily Star
Menurut laporan polis, suspek menyeret mayat mangsa dan meninggalkannya di tepi jalan.
Dua bulan kemudian, dia didakwa melakukan satu lagi serangan terhadap seorang lelaki.
Difahamkan, ketika kejadian suspek sedang minum arak bersama penduduk tempatan bernama Ivan, 31, sebelum lelaki itu mengeluarkan kenyataan yang kurang disenangi terhadap bapa Elena menyebabkan wanita itu membelasah mangsa.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya akibat mengalami kecederaan serius pada tubuhnya.
Menurut saksi kejadian, dia dan adik perempuannya merayu Elena melepaskan mangsa, namun tidak berani untuk cuba menghalangnya kerana wanita itu terlalu kuat.
"Kami tidak menghubungi ambulans kerana menyangkakan keadaannya tidak parah, namun keesokan paginya dia (Ivan) berhenti bernafas," katanya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|