Bintang The Fault in Our Stars, Ansel Elgort kini berdepan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap gadis bawah umur, lapor Daily Mail.
Kredit foto: IG/The Express Tribune
Perkara itu didedahakan seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Gabby. Dakwanya, kejadian berlaku pada 2014 ketika dia berusia 17 tahun, manakala Elgort dalam lingkungan 20-an.
Mereka mula berhubung di aplikasi Snapchat dan menjadi lebih rapat.
Bersama pendedahannya itu, Gabby sertakan sekali gambar mereka sebagai bukti perkenalan mereka. Katanya, dia dirogol beberapa hari selepas ulang tahun kelahirannya ke-17 dan mendakwa Elgort sedar akan perbuatannya ketika itu.
Namun, Gabby menegaskan dia tidak berniat meraih perhatian, sebaliknya membuat pendedahan itu kerana tidak mahu terus dibelenggu masa silam.
Kredit foto: The Express Tribune
Sedar dirinya menjadi perhatian dan dihujani kecaman, Elgort kemudian menafikan dakwaan itu di Inatagram.
"Saya tertekan dengan dakwaan terhadap saya yang tular di laman sosial dalam masa 24 jam ini," katanya yang mendakwa apa yang dikatakan Gabby tidak semuanya benar.
Kredit foto: IG Elgort
Bagaimanapun, Elgort meluahkan rasa kesalnya dan memohon maaf atas tindakannya itu. - CARI
Post time 21-6-2020 04:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by delia3003 at 21-6-2020 04:59 PM
Ada nampak semalam nama dia trending kat twitter, tu yg tau cerita
Peminat2 dia ni bukan main lagi defend, peminat apa nak heran, memang selagi boleh akan defend 'idola' diorang tu, sama kes jugak dgn peminat kpop.
Bersepah je kat Hollywood tu perangai macam Ansel ni, lepas tu terus je buat macam takde apa berlaku. Tak minat pun mamat ni, muka biasa2 je tapi tinggi
Post time 21-6-2020 06:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BebeQ: Aku nak kata yang aku suka cerita The Fault In our Stars tu. Muka mamat ni biasa2 je, watak pun biasa2 juga.Boleh la nak kata ada iras Nick Carter.
Baca buku dia (john green) lagi thrill. Iols sblom movie tu klua dah baca. Iols ada koleksi the fault in our stars, an abundance of katherines (1st book yg menarik minat utk baca karya JG), looking for alaska, paper towns.... Sblom ni iols xsuka writer lelaki menulis pasal love story, tp bila baca buku heols trus tertarik.
Post time 21-6-2020 06:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Anyway, ansel ni iols suka tengok heols ngan gf nya violetta. Sbb gf heols cantik and not from actor background, tp seorang dancer (if im not mistaken). And they still couple til now. But ada cita these two ada open relationship.
iols tak suka citer sedey...
sbb tu iols tak tgk muvi atopon beli buku tu.. yup, iols dok kat kedai buku dan habiskan baca buku.. jaman2 dolu2 buku2 tak dibalut dgn plastik.. hehe..
Post time 21-6-2020 08:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BebeQ: Aku nak kata yang aku suka cerita The Fault In our Stars tu. Muka mamat ni biasa2 je, watak pun biasa2 juga.Boleh la nak kata ada iras Nick Carter.
Post time 22-6-2020 08:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
bloodyamuk replied at 21-6-2020 10:27 PM
whyyy you tak suka writer lelaki tulis pasal percintaan? Iols suka Lemony Snicket tulis pasal Beat ...
Sbb jarang skali jumpa yg romantik menusuk hati. Iols baru tau lemony snicketts tulis cita romantik. Thanks, nanti iols cari. slamani ingatkan heols tulis buku budak2 ja, tp cita tu best jgklh, unik.
Post time 23-6-2020 09:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
annehuda replied at 23-6-2020 09:25 AM
die tak menafikan so die mmg kenal la ngan minah Gabby tu. and die mmg tido ngan Gabby. tu still ra ...
Age of consent kat US, 16-18 tahun, ikut negeri. Katenye berlaku kat New York, 17 tahun tu age of consent kat sana, tu yang dan2 ler mengaku ex-girlfriend. Iols pulak rasa dia gunakan budak tu je time tu