Turun berat badan dengan berlari? Macam jarang dengar, kan? Tapi ada yang berjaya walaupun tidak seramai mereka yang turun berat badan dengan diet pemakanan.
Seorang pengguna Facebook, Abdullah Faiez menjelaskan yang dia jatuh cinta pada larian setahun yang lalu ketika berat badannya 120 kilogram.
Walaupun sedar beratnya tidak begitu sesuai untuk aktiviti fizikal lasak, namun digagahi juga untuk menyertai Larian Amal hingga kini hilang separuh dari beratnya dulu menjadikannya 64kg.
Kredit foto :FB
Melakukannya dalam diam, Faiez mengutip ilmu larian di dalam grup FB larian Malaysia dan bermula dengan larian terpaksa dek beratnya yang terlebih itu.
Berkat tidak putus asa menuju gaya hidup sihat, dia juga tidak menyangka beratnya turun dengan berlari walaupun mengambil masa setahun untuk berhasil.
Kredit foto: FB
Di kala ramai rakan FB bertanya bagaimana turun berat badan dengan hanya berlari? Faiez menjelaskan yang semua perlu konsisten dengan apa yang dilakukan, barulah mendapat hasil baik.
Malah, penurunan tersebut membuatkan penampilan Faiez turut berubah dari bentuk muka dan auranya sendiri seolah-olah dua individu berbeza.
Kredit foto: FB
Kredit foto: FB
Siapa sangka berat lebih 100kg boleh berlari dan seterusnya turun berat badan. Apa yang kita perlukan hanyalah azam, kesungguhan dan usaha berterusan.
Jadi, siapa yang belum mendapat berat badan ideal tu, bolehlah cuba berlari macam abang ini ya. - CARI
|