"Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali. Senang hidup. Ambil kesempatan,"
Tak habis-habis isu selebriti dengan peniaga dalam talian.
Setelah beberapa artis meluahkan rasa kecewa dan rimas dengan permintaan peniaga online yang mendesak, sekali gus tidak menghormati ruang peribadi mereka, kali ini penyampai radio, Feeya Iskandar pula meluahkan rasa.
Kredit foto : IG
Menurut Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah, masalahnya agak berbeza iaitu dia pernah membuat ulasan mengenai produk penegang payudara dengan syarat ianya dipakai sekali sahaja.
Bagaimanapun, peniaga tersebut mengulang kembali gambar tersebut di media sosial tanpa sebarang bayaran tambahan.
Hal ini membuatkan Feeya meradang dengan peniaga atas talian itu.
Kredit foto :
"Aku cuma nak cakap, aku tak halalkan kau guna gambar aku."
Terdahulu, beberapa selebriti turut mengalami situasi sama antaranya Azhan Rani, Uqasha Senrose, Adibah Noor dan Khai. Masing-masing meluahkan di media sosial mengenai masalah ini dan ada yang menerima permohonan maaf daripada peniaga terbabit.
Kredit foto : IG
Memang susah untuk mengekang peniaga online daripada menggunakan gambar selebriti berulang kali kerana ia diibaratkan peluang yang sangat berharga. Bagaimanapun, berniaga perlulah ada etika. Artis pun cari makan juga. - CARI
|