CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9770|Reply: 37

SAVING TIPS, BUDGETING & FINANCE TALK

[Copy link]
Post time 22-7-2020 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Tengah2 dok mengusha blog tengtang cara pengurusan wang, I terjumpa la blog ni. Bagus penulisan dia. Tentang cara pengurusan wang dan bagaimana kita nak menjimatkan wang. I ni bukan la pandai sangat bab nak uruskan duit ni. Tapi beberapa minggu lepas ada la join satu group kat fb, group tu nama "SAVING TIPS, BUDGETING & FINANCE TALK"

Bila masuk group tu, terus rasa semangat nak ubah gaya hidup..nak pastikan simpanan ada dan hidup ni bebas dari sebarang hutang piutang. Apa yang best tentang group ni, hari2 ada je perkongsian ahli tentang kejayaan diorang dalam melupuskan hutang atau kejayaan dalam menyimpan duit mengikut target diorang.

Yang ni group kat luar negara la, i wonder ada tak group FB macam ni kat Malaysia, atau orang kita tak minat bab2 macam ni. Sebelum kita berbincang lebih jauh, jom kita baca tips2 penjimatan ni.

Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.
Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri.

Korang tengah cari tip nak jimatkan duit?

Tok ada baca tip oleh Fara Joifin ini di blog comparehero.my, dan ia kena dengan topik yang tengah kita bincangkan ini.

Tip #1: Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Anda pernah kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)?
Ramai yang mengaduh. Masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari).

Inilah realiti. Harga makanan dah semakin mahal.
Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Gambar bawah ini sebagai contoh pelan makanan yang boleh kita jadikan sebagai rujukan:

Sumber: www.comparehero.my
Bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja.
Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul?

Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.
Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

Tip #2: Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.
Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.
Tak semua orang suka simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota.
Dan tak perlu terkejut. Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita.
Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya?
Dah cuba jumlahkan kos ini? Berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.

Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”.
Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.
Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.
Nak sedikit tip? Ada banyak aplikasi smartphone yang membantu uruskan hal ini secara efisyen.

Tip #3: Jenama tak terlalu penting.
Kenapa Tok cakap macam ini?
Tok tak berniat nak hentam semua barangan yang berjenama. Cuma, cuba kita tumpukan kat barangan isi rumah (toiletries) untuk perkara ini.
Mari kita kaji dan kira. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan ini setiap bulan?

Kalau nak buat perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan.
Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos ekstra untuk jenama yang terkenal.

Bayangkan. Berapa banyak boleh kita jimatkan apabila membeli barangan isi rumah yang tak berjenama?
Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.

Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.
Bukan takat boleh buat kerja rumah macam biasa. Malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.

Tip #4: Latih diri menahan nafsu berbelanja.
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.
Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.

Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.

Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.
Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.

Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

Tip #5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.
Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:
  • Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
  • tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
  • kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.
Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.
Beri perhatian kat perkara seperti keahlian gym, pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.
Kalau tak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.
Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik.

Kalau korang ada tip sendiri, boleh sahaja tambah dan kongsikan kat ruangan komen. Lagi ramai yang tahu, lagi bagus.
Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif.
Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri korang sendiri, bukan orang lain. Sekian pesan Tok dan semoga korang semua dapat manfaat daripada perkongsian ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2020 04:37 PM | Show all posts
Pengurusan wang mengikut percentage

I sebelum ni tak tau uruskan wang gaji mengikut percentage. Tup2 terjumpa la catatan ni. Rasa agak detail jugak la. So moh semua..jom kita start dari sekarang.

Sebenarnya bulan ni konon2 nak catatkan semua perbelanjaan. Sekerat jalan dah lost..ha..ha...tapi i tak mau putus asa. So nak start balik bulan depan. Gaji pun dah dekat kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2020 04:39 PM | Show all posts
Tiba2 banyak pulak iklan kat tepi2 ni...mencabar keimanan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tip #1 ni lemah sikit. Sbb aku mmg suka mkn. Tp masih dlm kwln. Cuma bila aku dgn famili, mmg nk mkn sedap je manjang, kos tolak tepi. Tp bila aku sorg, kira boleh cover blik la belanja aku tu sbb bila sorg, ada masa xde selera, xde mood, so mkn pun apa yg ada je klu mls. Plg tak pun, aku minum susu je

Tip #2 ni aku buat tp lama2 mls nk nulis. Sbb mostly rutin je perbelanjaan aku. Ada anomali je aku tulis, cth tukar bateri kete ke, tukar tyr kete ke, beli brg2 yg nilainya besar.

Tip #3 ni aku follow gak. Klu jenama yg aku biasa pakai, biasanya aku tunggu sale br beli. Cth, breeze liquid detergent. Bila sale kat tesco harga jd < rm20 aku akan beli 2 botol.

Tip #4 & #5 ni mmg normal practise aku sbb dah dididik mcm tu dr kecik. Mak aku dulu banker ( dan aku pun penah keja bank gak skjp walau mak aku x galakkan) jd bab duit ni, adeh mmg dia sgt strict. Bila nk membeli aku akan fikir dulu & ambik kira jgk bajet aku bln tu. Klu aku dah shopping byk, aku akan stop shopping utk bbrp lama, at least till aku dah save up blik nilai yg aku dah spent tu.

Sbnrnya menyimpan ni kena ada disiplin. Bila kita buat kiraan gaji kita, kita perlu tolak dulu 10% at least utk simpanan, then tolak komitmen & perbelanjaan bulanan, baki tu br lah boleh fikir nak belanja apa or simpan lg. Bila ada increase in your salary, then you revise balik, maybe increase % of savings or perhaps % of loan pymt supaya leh settle loan awal dr tarikh sbnr. Bila buat semua ni, yg penting, you have to stick to that plan. Bkn brmksd xleh belanja beli brg kehendak. Semua manusia ada kehendak. Tp bila keperluan dah ada, ada baki lg br lah boleh spend on kehendak tu sekali-sekala. Then that will motivate you more nk save duit.

This is just my 2 cents, setakat yg aku ingat & praktikkan. Sorry mod sbb terpjg la plak.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2020 12:00 PM | Show all posts
ade group2 finance kat msia ni, sis blh check it out:
https://www.facebook.com/groups/mypf.my/
https://www.facebook.com/groups/nasihatkewangan/
https://www.facebook.com/groups/ilmuhartanah/

kalau jumpa lagi group2 personal finance yg best2 blh share ya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2020 05:01 PM | Show all posts
to be rich is to live below your means, contohnya kalau u mampu pakai honda, tapi u pakai perodua...dah brape banyak saving di situ...

menyimpan wang perlu ada disiplin yg tinggi utk menyekat nafsu...nafsu manusia memang sukar di kawal, apetah lagi nafsu nafsi wanita yg suka kpd kecantikan dan sexuality...

brands is just in your mind, control your mind and you will control your finances

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2020 09:34 AM | Show all posts
Scheherazade replied at 22-7-2020 05:08 PM
Tip #1 ni lemah sikit. Sbb aku mmg suka mkn. Tp masih dlm kwln. Cuma bila aku dgn famili, mmg nk mkn ...

Tq dear...sebenarnya, u lebih kurang i je bab2 duit ni. Pada i, jenama tu tak penting sgt. Contohnya macam tudung tu semua. Tudung biasa yang u boleh cari kat kiosk2 atau pasar malam contohnya. Material sama je, tapi bila diletakkan label, dari rmm 10 dah jadi Rm 25 contohnya. Bila dah belit2, bukan orang nak tilik label tu..orang tengok muka pemakainya aja...hi..hi...

Bab beg, i suka beli kat pasaraya, tapi mesti cari yang diskaun punya. Janji cantik ye tak. Tapi ingat lagi i pernah je beli beg kat pasar malam. Tapi nak beli tu pilih2 jugak la. Kalau yang kualiti elok, i beli la. So satu hari i pegi la jalan2 kat padini tak silap. Yang kelakarnya, beg yang i pakai tu lebih kurang design n materialnya sebijik dengan beg yang i beli kat pasar malam tu...ha..ha...

Yang penting, kena pandai2 la cari yang berkualiti dengan harga mampu milik. Tapi i ok je kalau kawan2 yang suka melabur ribu2 ringgit untuk sebijik beg. Kehendak dan kemampuan masing2 berlainan kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 10:19 AM | Show all posts
dianasofia replied at 23-7-2020 12:00 PM
ade group2 finance kat msia ni, sis blh check it out:
https://www.facebook.com/groups/mypf.my/
htt ...

Ok tq dear..nanti i nak join group tu. TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2020 10:22 AM | Show all posts
ifanonline replied at 23-7-2020 05:01 PM
to be rich is to live below your means, contohnya kalau u mampu pakai honda, tapi u pakai perodua... ...

Ye la kan..berbelanja ukur baju sendiri. Memang susah nak amalkan..lebih2 perempuan yang nafsu lebih ni. Tapi syukur la setakat ni mampu lagi nak menahan nafsu2 ke arah berbelanja benda yang tak patut ni.

Tapi kadang2 perempuan ni memang akan kalah sekali sekala...terutamanya bila mekap dah habis, lipstik tak cukup warna..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
julia5094 replied at 24-7-2020 10:22 AM
Ye la kan..berbelanja ukur baju sendiri. Memang susah nak amalkan..lebih2 perempuan yang nafsu leb ...

i lately belanja terlebih utk kucing... hahahah muga murah rezeki. Just be wise and tau our limit.. then will be ok je
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 23-7-2020 05:01 PM
to be rich is to live below your means, contohnya kalau u mampu pakai honda, tapi u pakai perodua... ...

i tahan diri tukar kereta ifan.. adik2 semua tukar.. i myvi jee. Ikut hati i nak pakai audi!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
julia5094 replied at 24-7-2020 09:34 AM
Tq dear...sebenarnya, u lebih kurang i je bab2 duit ni. Pada i, jenama tu tak penting sgt. Contohn ...

Jujur..i beli tudung kat pasar mlm jer. Boleh beli byk..then tukar2 sesuaikan dgn kaler baju. Beli pun yg $10 ringgit biasanya. I tak follow mana2 instafemes yg jual tudung ka..baju ka..mmg i tak kenal pun. Org cerita..i nganga jer. Tak kenal.

Handbag..mmg i beli agak branded..tp time ada discount..dan itu lah yg i akan pkai bertahun..sampai koyak. Sebab rasa ssh lah tukar2 handbag nk g mana2. Nk kuarkan isi dlm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2020 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 24-7-2020 07:41 PM
i tahan diri tukar kereta ifan.. adik2 semua tukar.. i myvi jee. Ikut hati i nak pakai audi!

Myvi baru sekarang design mmg lain ek compare yg lama. I mcm lagi suka myvi baru sekarang..mcm keta apa ye...lupa. tapi tuk i, tak leh keta gitu sis..axia ke..kena beli yg berbonet besau. Keperluan keluarga.

Boleh sis..beli keta audi..nnti i nak rasa tumpang ye..keta mahal ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2020 01:23 PM | Show all posts
adila39 replied at 24-7-2020 07:40 PM
i lately belanja terlebih utk kucing... hahahah muga murah rezeki. Just be wise and tau our limit. ...

Sama la...i kalau stress mesti rasa nak berbelanja je..ni anak pulak nak masuk balik asrama. Banyak benda nak kena belanja ni. Macam2 la benda yang dia nak. Dengan baju nak kena beli baru. Badan makin meninggi dan membesar. Nasib baik baru siap jahit baju kurung 2 pasang.

Hujung minggu macam2 benda nak kena fikir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2020 01:26 PM | Show all posts
adila39 replied at 24-7-2020 07:40 PM
i lately belanja terlebih utk kucing... hahahah muga murah rezeki. Just be wise and tau our limit. ...

Mesti seronok dok layan kucing kan...memang belanja lebih sikit la tang mkn tu. I tak boleh bela kucing..anak yang pompuan tu ada athma..so mmg dr tak bagi bela kucing kat rumah. Carpet pun tak pernah beli..tak boleh nak cantik mcm rumah orang lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2020 01:32 PM | Show all posts
yuki812 replied at 25-7-2020 08:24 AM
Jujur..i beli tudung kat pasar mlm jer. Boleh beli byk..then tukar2 sesuaikan dgn kaler baju. Beli ...

Kan yuki...i pun macam tu. I dalam beg segala mak nenek letak. Tersama pulak pemikiran kita..ha..ha... Yang penting konfiden tinggi bila pakai, tak kisah la yang murah pun. I selamba je tayang beg murah kat my frens. Diorang punya beg yang sling kecik pun dekat ribuan...ha..ha...tapi tak de terdetik perasaan jeles pun..alhamdulillah..ha...ha...ha...

Ni masing2 dok tayang emas pulak, pulut dakap la, biskut tawar la, jagung la...Tapi i suka je tengok cuci2 mata..Lain2 orang, lain2 minat..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 25-7-2020 09:17 AM
Myvi baru sekarang design mmg lain ek compare yg lama. I mcm lagi suka myvi baru sekarang..mcm ket ...

boleh yuki... insyaallah bila dah habis bayar bill semua, almaklum kita semua sendiri bayar kan... alaa.. myvi pun ok je.. i berdua je pun.. but yeah hopefully soon bila dah pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
julia5094 replied at 26-7-2020 01:26 PM
Mesti seronok dok layan kucing kan...memang belanja lebih sikit la tang mkn tu. I tak boleh bela k ...

anak i xble pegang ju, hmm i dah mandikan dah kitten ni... dah gi vet.. tapi x bagi anak pegang..hahaha..sian dia. And ada kittens ni seronok!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2020 01:56 PM | Show all posts
adila39 replied at 26-7-2020 01:43 PM
anak i xble pegang ju, hmm i dah mandikan dah kitten ni... dah gi vet.. tapi x bagi anak pegang..h ...

Kenapa tak bagi pegang..sbb kecik sgt ke? I kalau yang kecik sgt pun takut nak pegang..takut terpegang kuat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2020 02:11 PM | Show all posts
Bagi sapa2 yang masih blur, banyak hutang tapi tak tau nak start dari mana. Ni i ada terbaca tips dari group Debt Free.

Not sure where to start or what charts to get?

Here is the simple Baby Steps plan for getting out of debt popularized by Dave Ramsey and the charts that go with each step:

Baby Step 0 - Get current on any past due bills.

Baby Step 1 - Save up a $1000 Emergency Fund.

Baby Step 2 - Pay off all your debts, except for the mortgage.


Baby Step 3 - Save up a big Emergency Fund of 3-6 months of expenses (not income, just bare bones expenses).

- Baby Step 3B - Save up for a house down payment.

Baby Step 4 - Save 15% of your income for retirement.

Baby Step 5 - Save for your kids' college education.

Baby Step 6 - Pay off your home mortgage.

Note that steps 4-6 often happen simultaneously.

There are lots more charts than are linked above, to see them all simply browse through the All Charts tab. You can filter the charts by using the drop down at the top left of the charts page so that you see only Savings charts, Medical charts, Education charts, and so on.

And check out the All Access Pass, where you can get access to EVERYTHING for a full year at for a screamin' deal!

Yang penting, setiap bulan kena langsaikan mana2 bil bulanan ye. Jangan cuba2 nak skip.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.174511 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list