View: 20836|Reply: 224
|
Menteri Langgar Kuarantin
[Copy link]
|
|
Menteri tak kuarantin kendiri lepas pulang dari Turki
PARLIMEN | Seorang ahli parlimen hari ini mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selepas melakukan lawatan ke luar negara bulan lalu.
Menurut Teresa Kok (PH-Seputeh) Mohd Khairuddin Aman Razali berkunjung ke Turki pada awal Julai namun tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang ke negara ini.
"Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 haribulan dia datang ke parlimen.
"Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang).
"Sekarang ni ada menteri kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan)," katanya semasa berucap di Dewan Rakyat hari ini.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen daripada anggota parlimen Kuala Nerus itu berhubung dakwaan Kok.
Ketika ditanya dari mana maklumat berkenaan diperolehi, Kok memberitahu Malaysiakini ia disampaikan oleh sumbernya.
Untuk rekod pada tarikh yang dinyatakan Kok, kerajaan mewajibkan kuarantin di rumah selama 14 hari kepada sesiapa saja rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.
Warga emas didenda, penjara
Pada minggu lalu seorang wanita warga emas dihukum penjara sehari dan didenda RM8,000 selepas mengaku salah melanggar perintah kuarantin kendiri apabila tiba dari negara luar.
Seorang pemilik restoran di Kedah pula dihukum penjara lima bulan serta denda RM12,000 kerana kesalahan sama. Lelaki terbabit adalah kes yang mempunyai kaitan dengan kluster Sivagangga.
Perintah kuarantin kendiri kemudian diganti dengan kuarantin wajib mulai 24 Julai.
Kata Kok, tindakan harus dikenakan - sama ada oleh Kementerian Kesihatan atau parlimen - ke atas anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu atas keingkaran berkenaan.
Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) pula berkata jika dakwaan Kok itu benar, tindakan menteri terbabit boleh dianggap sangat tidak bertanggungjawab kerana di Turki sendiri hampir 250,000 kes Covid-19 disahkan.
Negara berkenaan juga, kata Lee, mencatatkan hampir 6,000 kematian akibat wabak tersebut.
Sementara itu RSN Rayer (PH-Jelutong) pula meminta tindakan diambil ke atas Mohd Khairuddin kerana mendedahkan parlimen kepada ancaman virus berbahaya itu.
Katanya Mohd Khairuddin juga tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mophd Rashid Hasnon kemudian meminta Rayer menulis aduan berkenaan untuk tindakan selanjutnya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adakah aduan tersebut akan dipandang serius lepas tu tindakan akan diambil ke atas pelaku? |
|
|
|
|
|
|
|
menteri x yah pakai gelang pink ye kalo balik dari obersi? |
|
|
|
|
|
|
|
Penting sgt ke p parlimen smpai langgar kuarantin n tangguh kes mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Atas sebab apa nak buat lawatan ke sana pulak dengan kes kat sana banyak? |
|
|
|
|
|
|
|
hanatnya perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msdummy.2018 at 19-8-2020 10:55 AM
ha bagus sgt..patutlah rkyay pu xfhm bhs...dah pemimpin sama jerk perangai...baik trn jawatab jer |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri bukan rakyat biasa, jadi dia tak perlu dikuarantin! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betu x kuarantin, mohon masuk jel macam makcik gelang pink & mamak sivarangga . Kalau x akan dipersoal double standard |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 19-8-2020 11:02 AM
Kalau betu x kuarantin, mohon masuk jel macam makcik gelang pink & mamak sivarangga . Kalau x akan d ...
Masuk jel nanti..gugur kelayakan jadi ahli parlmen |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 19-8-2020 10:43 AM
Penting sgt ke p parlimen smpai langgar kuarantin n tangguh kes mahkamah
penting laa sebb ada undi utk lulusan bajet
|
|
|
|
|
|
|
|
i suka betul PH jd pembangkang. diaorang sgt bagus cari salah org. bila jd kerajaan dia blur. BN pulak lurus sikit, rasuah pandai tp fitnah x sepandai DAPIG. so i hrap PH kekal pembangkanh |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau juga apa kata Menteri Kanan Keselamatan dan Tan Sri DG pasal nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Penting ka lawatan ke turki
Musim2 covid nih |
|
|
|
|
|
|
|
Buduh betul menteri ni kalau sop pun xikut. Kuarantin diri lah |
|
|
|
|
|
|
|
sial punye menteri.. elok kene penjara,..
org tua hina marhean kene penjara pulak |
|
|
|
|
|
|
|
guesswho09 replied at 19-8-2020 11:34 AM
Penting ka lawatan ke turki
Musim2 covid nih
PM benarkan.jadi takda masalah
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa yang kena kuarantine balik dari obersea sila report kat polis kes menteri ni..
Alasan balik dari negara hijau... |
|
|
|
|
|
|
|
@bermanadotcon
Menteri Komoditi dan Industri Utama mengakui melanggar arahan kuarantin 14 hari selepas pulang dari Turki.“Ramai yang marah saya ingkar arahan dan tak pakai gelang merah jambu. Mereka tak tahukah lelaki haram pakai gelang? !” ulas Khairudin Takiri tegas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|