Nabila Razali menerima dengan hati terbuka setiap kali menjadi sasaran warga maya. Pun begitu, penyanyi dan pelakon akui emosinya terkesan dengan kecaman demi kecaman dilemparkan terhadapnya. Insiden 'terkucil' ketika live pun masih menghantuinya.
Kredit foto: IG Nabila Razali
“Saya tahu apa yang berlaku ketika itu salah sendiri, jadi memang saya tidak boleh marah sesiapa. Namun, membaca komen yang dilemparkan sedikit sebanyak cukup menyakitkan," jelasnya kepada Utusan.
Dalam masa sama, Nabila turut memohon maaf berikutan kontroversi mengatakan dirinya tidak bersikap profesional ketika menghadiri sebuah program radio, baru-baru ini.
“Sekiranya stesen radio itu ada masalah, usah dijadikan bahan bercerita untuk orang ramai. Saya akui sebagai manusia biasa mungkin ketika itu ada yang terlepas pandang.
“Ikutkan program itu dibatalkan pada saat akhir namun saya dipanggil semula. Jadi, saya tetap hadir dengan niat untuk menjalankan tugas-tugas promosi lagu dan drama lakonan saya.
“Jadi saya tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang besar, sebab jika masalah boleh berbincang.
“Kalau betul saya mengguriskan hati sesiapa atau mana-mana pihak pada waktu itu, saya ingin mohon maaf. Insya-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya. - CARI
|