View: 4045|Reply: 26
|
Lelaki Menyamar Anggota Polis! Ugut Minta Duit, Heret Wanita
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berdepan dengan situasi menakutkan apabila didatangi oleh dua orang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.
Kejadian berlaku di Pandan Perdana, Kuala Lumpur sekitar jam 8 malam ketika wanita tersebut sedang menikmati hidangan makan malam dengan seorang rakan lelaki yang kemudiannya meninggalkan dia bersendirian untuk ke tandas.
Difahamkan tak lama kemudian, dua orang lelaki datang dan meminta wanita berkenaan untuk menunjukkan kad pengenalan, cuba untuk meminta duit dan melakukan ugutan.
Disebabkan panik, wanita berkenaan cuba untuk bangun dan melarikan diri namun berjaya ditangkap sebelum diheret keluar pintu dari tempat duduknya.
Insiden ini telah mengejutkan orang di sekeliling sebelum seorang lelaki tampil berani menolong wanita berkenaan.
Menurut sumber lagi, lelaki berkenaan dan staf di tempat kejadian bertindak memburu dua orang lelaki yang melakukan jenayah tersebut.
Nasib menyebelahi apabila mereka berjaya menahan salah seorang pelakunya.
Pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas aduan dibuat dan menahan si pelaku. -CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmm ape nak jadi tah.. Banyak sangat penyamar. Nasib baik ada hero selamatkan amoi. Forumer jangan tinggal awek or bini sendirian di tempat awam yer.. Nanti kena culik lak |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam berita cakap jantan tu konstabel polis yg sedang digantung tugas. 2 lagi kawan sempat lari |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur perempuan tu melawan dan minta tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
Seret atas jalan tar yg berlubang2 |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 25-8-2020 11:22 AM
Dalam berita cakap jantan tu konstabel polis yg sedang digantung tugas. 2 lagi kawan sempat lari
Betul...koperal kena tahan tugas.. yg dua orang tu sempat lari, yang polis tu kena cekup dek orang awam |
|
|
|
|
|
|
|
posisi perempuan tu betul, dia duduk dan buatkan penyerang dia berat nak tarik dia
aku penah tgk video kalau kena ragut kita duduk dan pegang tali beg, posisi tu buatkan peragut berat nak tarik, kalau kita meniarap abis la muka kena jalan tar.
bagus jugak perempuan tu jerit... eh tempat awam mcm tu pun berani buat jenayah yea
|
|
|
|
|
|
|
|
digantung atas sebab ape???
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada hutang along ke...pompuan tu warganegara ke tak. Kenapa mtk ic. Nmpk mcm diorg target nk kidnap pompuan tu, bukan randomly pilih mangsa utk ugut n mintak duit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Artemesiaa at 25-8-2020 11:49 AM
Mesti sebelum ni dah biasa paw pati asing hanya kali ni kantoi dengan orang ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Eh gilalah {:freak
Berani betul dpn2 org dia main tarik je amoi tu. Amoi tu bagus jugak, berani.
Babi2 tu semua ingat pakai mask, senang2 boleh kidnap org mcm tu je??? |
|
|
|
|
|
|
|
KOPERAL POLIS DITAHAN, SAMUN WANITA CHINA
Sumber: MyMetro
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
KOPERAL polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga jurujual berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kira-kira 7 malam.
"Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.
"Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azam berkata, seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya melarikan diri.
"Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.
"Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti dua suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan," katanya.
Menurutnya, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita ditarik dan disamun tiga lelaki tular di media sosial, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 8:28 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Berani wat hal di tempat awam...layak dipecat terus polis tu |
|
|
|
|
|
|
|
rsnya pompuan tu bukan warganera x silap...sesuatu kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
mustahil la nk rompak org gitu je.. mesti ada sesuatu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila. Diberi kuasa utk melindungi org awan tp pegi samun org awam |
|
|
|
|
|
|
|
Macam nak kidnap pon ada. Seramnyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
2x baca ternampak mcm lelaki myanmar...
dekat video tu dengar bunyi apa hai apa hai...apa hal ko apek??
|
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan tu lari dari human traffickers ke? Polis ni pun bersubahat ke? Macam pelik je nak samun perempuan ni randomly di tempat ramai orang. Bau2 ikan sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat tu ambil duit bau ikan sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|