|
Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, Ikmal Amry memaklumkan akan cuba mengelak daripada melakukan aksi mengundang kecaman.
Pun begitu, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, tiada masalah menjayakan babak tanpa mengenakan baju dengan bersyarat.
"Kalau scene buka baju itu hanya saya seorang tak ada masalah pun, tapi kalau ada dengan pelakon perempuan saja saya elak. Lagipun, di Instagram pun saya ada tayang badan tapi bukan sebab nak show off atau tarik orang suka.
"Saya kongsikan foto itu sebab saya boleh tunjuk dekat produksi yang saya ada bentuk badan yang cantik. Itu kelebihan saya sebab sejujurnya saya berlakon tak ada la hebat macam pelakon lain," katanya kepada mStar.
Berkongsi mengenai perkahwinannya, Ikmal mengatakan banyak membuat persiapa dari segi rohani dan sudah mula belajar semula ilmu yang pernah dipelajari di sekolah maahad tahfiz.
"Duit saya tak risau sebab saya yakin Allah akan tolong orang nak buat baik.
"Saya cuma risau tentang diri sendiri, macam mana nak jaga anak dara orang. Saya pun ada bertanya soal rumah tangga dekat kawan-kawan yang sudah berkahwin," ujarnya.
Kredit foto: IG Ikmal
Semoga segala persiapan Ikmal dan pasangan, Najla Samshul berjalan lancar. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|