|
Noki K-Clique mengakui pernah menjadi seorang yang baran dan cuba mengubah sikapnya itu bagi menjaga nama baik diri serta kumpulannya.
Kredit foto: IG Noki
"Saya akui dulu seorang yang cepat marah dan panas baran. Namun, selepas K-Clique makin dikenali, saya mula terfikir sampai bila nak berperangai begini. Lagipun kerjaya ini adalah sumber pencarian utama saya. Jadi saya perlu ubah sikap dan tidak boleh buat perkara sesuka hati.
"Saya bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang positif terutama anggota K-Clique yang banyak memberikan nasihat dan teguran supaya tidak melayan komen atau perkara yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya kepada Harian Metro.
Pun begitu, Noki menjelaskan bahawa sikap barannya bukan tercetus sepanjang masa, sebaliknya ia berlaku sekiranya ada perkara yang menyakitkan hatinya seperti 'menyentuh' ibu bapanya.
Kredit foto: IG Noki
Dalam masa sama, Noki akui ada mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seorang warganet baru-baru ini.
"Tengok juga keadaan dan situasi, cuma baru-baru ini apabila saya memaki hamun seorang pemilik akaun di Instagram Live sebab dia bersikap kurang ajar hingga membabitkan kedua orang tua saya," katanya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|