Pelbagai 'cabaran disahut' demi meraih populariti di media sosial yang adakalanya memudaratkan hingga membawa maut.
Terbaru, wanita dikecam keras selepas merakam dirinya menyembur air pada wajah anak perempuannya dan mentertawakan kanak-kanak itu.
Kredit foto: Daily Star/TikTok
Daily Star melaporkan, Courtney Hauman memuat naik video berkenaan ke akaun TikToknya @mommyandkolbie, kelmarin dan meraih lebih 165,000 tontonan.
Courtney dilihat berulang kali menyembur air mengikut rentak lagu latar Pew Pew Pew dari Auntie Hammy sambil mentertawakan kanak-kanak itu.
Dari riak wajah kanak-kanak itu, kelihatan dia tidak selesa diperlakuan demikian dan hampir menangis.
Perbuatannya itu mencetuskan kemarahan warga maya di ruang komen.
Kredit foto: Daily Star/TikTok
"Apa yang melucukan? Saya tidak suka apabila muka saya disembur air. Dia (kanak-kanak) pun tak faham kenapa kamu melakukannya.
"Adakah kamu rasa bagus menyembur air ke wajah anak kamu dan menggunakannya sebagai hiburan kamu di TikTok? Menyedihkan," antara komen warganet. - CARI |