|
Sarat mengandung, Farah Nabilah tetap gigih menguruskan perniagaan.
Status sebagai seorang isteri dan ibu adalah salah satu sebab dia muka menceburi bidang perniagaan.
Biarpun begitu dia akan teruskan kariernya dalam bidang lakonan.
Kredit foto: IG
"Dah kahwin ni, banyak perkara perlu dihadkan dan syukur rezeki dikurniakan anak pun datang awal.
"Sebagai isteri, banyak tanggungjawab di rumah, tak boleh tinggalkan keluarga. Sebab itu saya upgrade diri dan lakukan sesuatu.
"Saya seorang yang pentingkan keluarga, jadi kalau boleh nak duduk di rumah dan buat bisnes," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Farah dan suami mahu menjadikan jantina anak sulung mereka sebagai satu kejutan.
"Sebenarnya saya sendiri tak tahu jantina bayi. Tak kisah lelaki atau perempuan, asalkan bayi sentiasa dalam keadaan sihat." -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|