Memandangkan kak saah suka baca sejarah, hari ni kak sarah translate tentang Hoil Grail yg amat terkenal dikalangan penganut Kristian.
Holly Grail ni dikatakan adalah gelas berkaki yg minum oleh Jesus of Nazareth @ Jesus Christ dalam kisah The Last Supper. Hat ni angpa boleh tengok gambar yg dilukis oleh Leonardo Da Vinci. Dan dipercayai gelas ini digunakan oleh Joseph of Arimathea utk mengumpul darah Jesus Christ semasa beliau disalibkan.
Tapi ada juga berpendapat yg mengambarkan Holly Grail ni adalah pinggan, ciborium, gelas dan ada juga dikatakan adalah batu.
Holly Grail ni dikaitkan dgn banyak lagenda dan mitos dan mengikut pendapat setengah sejarahwan perkataan 'GRAIL' ni berasal dari perkataan Latin yg bermaksud dulang dalam yg digunakan utk meletakkan makanan dan biasa digunakan dalam majlis makan2 pada zaman pertengahan.
Digambaran sebagai mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit kalau dalam citer Indian Jones boleh memberikan kehidupan abadi kalau sapa yg minum air dari Holly Grail ni. Dan ahli sejarah percaya yg kisah Holly Grail ni boleh dikesan dari mitologi Celtic pra-Kristian dan juga lagenda dalam Kristian sendiri.
Pencarian Holly Grail ni pertama kali ditulis dalam bentuk teks pada tahun 1180 dlm buku/novel bertajuk "Conte del Graal (Stoy of the Grail) yg ditulis dalam bahasa Perancis tua.
Robert de Baron dalam sajak beliau yg bertajuk Joseph d'Arimathie menyatakan kepentingan Holly Grail dalam Kristian.
HOLLY GRAIL DALAM LAGENDA ZAMAN PERTENGAHAN.
Holly Grail ni pada zaman pertengahan di Eropah menajadi tajuk yg pemes dalam kesusteraan depa.
Ada setengah hikayat Arthurian mendakwa yg Joseph of Arimathea bawa grail ni ke Glastonbury di England.Dan ada lagenda menyebut, tempat dimata Joseph ni tanam grail ni, air bertukar menjadi merah kerana air tu kena darah Jesus Christ.
Ada juga percaya yg Knight Templer merampas Holy Grail dari Temple Mount dan menyeludup keluar dari BaitulMaqdis dan dibawa ke Eropah.
Antara kisah dalam cerita Arturian adalah berkenaan watak yg dikenali ebagai "King Fisher" yg mana watak ni mengalami kecederaan yg serius dan menghalang dia dari bergerak ke mana2. Dia hanya boleh duduk dan memancing berdekatan dgn istanan dia dan hanya boleh disembuhkan dgn Holly Grail.
Mengikut lagenda, Grail ni memiliki kuasa utk menyembuhkan segala penyakit, kekal muda selamanya dan bahagia yg tak ada penghujung gitu.
PENEMUAN TERBARU.
Mac 2014, 2 pakar sejarah Sepanyol mendakwa yg mereka dah berjaya jumpa Holly Grail di sebuah gereja di Leon selatan Sepanyol yg dipercayai berada di dalam simpanan gereja tersebut sejak abad ke 11 Masihi.
Dan bila Grail ni, diantar utk membuat carbon-14 dating, hasil kajian menunjukkan Grail ni dibuat antara tahuan 200 BC (sebelum Masihi) hingga 100 AD (Masihi). Selain tu, 2 pakar sejarah ni juga mengekemukan data2 penyelidikan selama 3 tahun tentang kat mana Grail ni berada sebelum ni.
Walapun buktu saintifik berkenan Grail yg berada di Leon Sepanyol ni amat menyakinkan tapi masih tak ada bukti kukuh penenuman 2 pakar sejarah ni adalah Holly Grail yg asli yg mana Jesus of Nazareth minum pada mlm sebelum beliau disalibkan. Tambahan lagi ad lebih kurang 200 dakwaan di merata dunia yg mereka jumpa dan memiliki Holly Grail selain para penyelidk masih mempersoalkan sama ada Holly Grail ni benar2 wujud atau hanya sekadar mitos dalam Kristian.
Tak salah kak sarah, masa WW2, Hitler pernah cuba cari Holly Grail ni selain ada khabar angin mengatakan HITLER pada awal2 WW2 dia sebenarnya miliki Spear of Destiny @ Spear of Longinus.
ni adalah sumber yg kak sarah translate.
https://www.history.com/topics/middle-ages/holy-grail
Author|Post time 23-10-2020 01:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lukisan The Last Supper ni, memgambarkan Jesus Christ dan 12 pengikut beliau makan malam terakhir sebelum beliau ditangkap dan dihukum. Dipercayai semasa makan mlm ni, Jesus bagtau yg salah seorg dari sahabat beliau akan mengkhianati beliau.
Author|Post time 23-10-2020 01:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Knight Templer : Pasukan tentera elit katolik yg ditubuhkan dgn tujuan asal melindungi dan mengiringi jemaah kristian dari eropah utk menziarahi Batulmaqdis. Ditubuhkan pada tahun 1119 Masihi dan ibu perjabat depa di Temple Mout, Baitulmaqdis.
Author|Post time 23-10-2020 01:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Josept of Arimathea ni adalah salah seorg pengikut Jesus Christ dan mengkuit 4 gospel yg diiktiraf adalah org yg bertanggungjawab mengkembumikan jenazah Jesus Christ selepas beliau disalib.
Author|Post time 23-10-2020 01:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Spear of Destiny @ Holly Lance @ Spear of Longinus ni adalah tombak milik seorg tentera rom yg digunakan utk menikam Jesus Christ masa beliau disalibkan.
ada kata holy grail ni ada di dalam ark or covenant yang berjaya diseludup keluar oleh knight templar.
kalau dalam filem the Da Vinci Code, Holy Grail ni ditafsirkan sebagai rahim perempuan. Bentuk 3 segi yang ada antara Jesus dan Mary Magdalene dalam lukisan The Last Supper.
Post time 23-10-2020 02:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Best, Sarah. Iols suka baca kisah-kisah gini. Kadang ada tengok kat History Channel jugak. Among other most sought after items selain Holy Grail and the Ark of Covenant ialah Shroud of Turin, kain yang dipercayai diguna untuk balut tubuh Jesus of Nazareth lepas disalib. Ada kesan outline tubuh kat situ.