Dua budak lelaki dibelasah, dirogol dan ditanam hidup-hidup di tanah perkuburan Solna, Sweden.
Jenayah kejam itu bermula apabila mereka ditegur oleh dua pemuda berusia 18 dan 21 tahun yang menjual dadah. Setelah tidak mahu membelinya, kedua-dua budak lelaki itu diacu pisau lalu di bawa ke hutan berhampiran. Mereka kemudiannya dipaksa berbogel dan dipukul.
Lokasi penyerang menyerang mangsa - Wiki
Menurut Daily Star, ketika dibelasah, penyerang itu mengugut akan mencari keluarga mereka yang tinggal berhampiran. Oleh itu, telefon dirampas malahan mereka diberi cangkul untuk menggali lubang kubur sendiri.
Seorang daripada budak lelaki itu memberitahu polis yang mereka tidak dapat mengingati berapa banyak sepakan dan tumbukan yang diterima.
Lubang kubur yang digali sendiri oleh mangsa - Police Handout
Mereka tidak dapat menjerit kerana mulut disumbat stoking tangan diikat. Perbuatan itu berlangsung selama beberapa jam hinggakan seorang lagi budak lelaki mengakui telah dirogol oleh penyerang.
Setelah penyerang berlalu, mereka melarikan diri dalam keadaan berbogel lalu bertemu seorang lelaki yang membuat laporan kepada polis.
Foto : Police Handout
Polis menjejak penjenayah lalu menangkap kedua-duanya dan kini dalam proses penyiasatan menyeluruh.
Dimana-mana ada penjenayah, jadi hati-hati ya semua. - CARI |